Keadaan kesihatan vokalis kumpulan Jinbara, Along atau nama sebenarnya Syah Nizam Ahmad Shamsi dilihat semakin baik selepas menjalani pembedahan mengeluarkan cecair di otaknya pada September lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Rahim Maarof Masuk ICU Bukan Sebab Angin Ahmar’ – Pengurus
Berat susut 10kg
Memetik laporan Harian Metro, isteri kepada Along iaitu Mimi Norfaiza Mohd Idris, suaminya kini hanya bergantung kepada susu khas sahaja untuk menjamu selera selepas turut menebuk tekak ketika menjalani pembedahan tempoh hari.
Berat badan Along semakin susut selepas kehilangan 10 kilogram (kg) dan hanya bergantung kepada susu khas sahaja. Kali terakhir beratnya adalah sebanyak 62kg.
Mungkin sekarang sudah 50 kg sebab susut sangat dan kesihatannya banyak berbeza.
Susu dia khas sejak dari wad dan setiap empat jam sekali saya bagi dengan menggunakan tiub selama hampir tiga bulan.
Doktor juga ada beritahu untuk cuba bagi dia rasa lidah sendiri sebab sudah lama tidak digunakan. Jadi saya kena perlahan-lahan ajar suami untuk lihat lidahnya okey atau sebaliknya.
Mimi juga memaklumkan bahawa dia kini melakukan pelbagai cara menjana pendapatan melalui aplikasi TikTok demi meneruskan kelangsungan hidup selepas hampir tiga bulan tidak mempunyai mata wang pencarian yang tetap.
Kawan-kawan terdekat banyak membantu kami dari awal. Ada yang uruskan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari segi lampin pakai buang, susu dan sumbangan sedikit.
Saya serahkan rezeki pada Allah saja sebab tidak bekerja. Saya jaga dia dan dia pun macam ini (sakit).
Dalam pada itu, Mimi mendedahkan suaminya itu sentiasa bersemangat untuk beraksi di atas pentas dan kembali sihat seperti sedia kala.
Insya-Allah, saya selalu cakap dekat dia kuat semangat. Belum buat video klip lagi kita nak kena kuat semangat.
Dia kata Insya-Allah, saya ajar dia kuat macam mana (kuat sambil genggam tangan). Ramai peminat mendoakan dia, kalau saya bersiaran langsung dengan akaun dia (TikTok) memang sangat ramai.
Kita tak tahu Allah angkat doa siapa. Alhamdulillah.
Terdahulu, Along menjalani pembedahan membuang cecair dalam otak selepas terkena serang strok pada September lalu.
Sumber: Harian Metro