Kisah pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga masih menjadi tumpuan netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘5 Tahun Saya Diamkan Diri Tak Cerita Dekat Keluarga & Sahabat, Ingat Dia Akan Berubah’ – Cut Intan Nabila
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Bongkar CCTV Didera Suami, Bayi Berusia Sebulan Pun Kena Tendang- ‘5 Tahun Kahwin, DIa Curang..Suka Pukul’
Artikel Berkaitan: Kantoi Tonton Video P*rno Punca Armor Toreador Naik Tangan Belasah Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cut Intan Nabila Menangis & Peluk Erat Ayah Dari Aceh – ‘Sakitnya Sampai Ke Ulu Hati’
Terbaru, Cut Intan memberi bayangan bahawa rumah tangga yang dibina selama lima tahun itu didakwa bakal berakhir tidak lama lagi.
Terima kasih
Bersempena ulang tahun perkahwinan yang kelima, Cut Intan Nabila dilihat memuat naik sebuah posting terima kasih buat suaminya. Menurut Cut Intan, sepanjang tempoh lima tahun itu, dia melalui fasa suka, duka dan sakit yang terpendam.
Ujar Cut Intan lagi, ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang terakhir.
Apapun yang kita miliki tidak selamanya membersamai kita. Pada akhirnya selalu ada batas di setiap perjalanan.
Terima kasih untuk lima tahun ini, untuk suka, duka dan sakit yang terpendam. Maafkan jika cerita kita harus disaksikan oleh khalayak ramai.
Walaupun tak pernah terucap kata maaf, aku sudah memaafkan.
Selamat lima tahun perkahwinan yang terakhir, aku akan terus berusaha kuat untuk kebahagiaan Afkar, Zara dan Zhea.
Terdahulu, Cut Intan memuat naik rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan kekerasan yang dilakukan oleh suaminya. Ujar Intan, suaminya itu bukan sahaja melakukan penderaan fizikal terhadap dirinya dan anak malah sudah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.
Meskipun sudah memaafkan berkali-kali dan memberi peluang namun suaminya itu masih melakukan kesalahan yang sama.
Sumber: Cut Intan Nabila