Baru-baru ini kecoh mengenai insiden vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang berkelakuan sumbang di atas pentas ketika melakukan persembahan di Good Vibes Festival (GVF) 2023.
Artikel Berkaitan: ‘Festival Good Vibes 2023 Dibatalkan Serta Merta’ – Fahmi Fadzil
Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Diundang Maka Itulah Yang Dapat’ – Matty Healy Tuding Salah Dekat Penganjur
Artikel Berkaitan: Edry Abdul Halim ‘Pangkah’ The 1975 – ‘Di UK Orang Tahu Perangai Mereka Teruk’
Jocelyn Chia perli Malaysia?
Perkara itu turut mendapat respon pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang memuat naik satu ciapan ‘mengalu-alukan’ Matty dalam senarai individu yang telah dibatalkan (cancelled) oleh rakyat Malaysia.
Selamat datang Matty Healy ke geng hebat yang “dibatalkan” oleh Malaysia.
Namun begitu, pelawak kontroversi itu turut mempersoalkan mengapa Healy tidak ditangkap atau dijejaki Interpol meskipun telah melanggar peraturan sewaktu melakukan persembahan di festival tersebut.
Difahamkan, ciapan itu ditulis adalah untuk memerli tindakan kerajaan Malaysia yang meminta Interpol menjejakinya beberapa bulan yang lalu.
Tetapi tunggu sebentar. Mengapakah tiada desakan serta gesaan dari kerajaan Malaysia kepada Interpol untuk menangkap (Matty) dan mengesannya kerana telah melanggar undang-undang semasa di Malaysia? Adakah Malaysia sudah berlembut?
Atau boleh jadi kerana dia merupakan orang kulit putih? Tak boleh. Tak kanlah Malaysia mempunyai double standard sekarang ni kan?
Terdahulu, kumpulan The 1975 telah membuat keputusan untuk memendekkan persembahan mereka di karnival Good Vibes Festival (GVF) 2023 selepas vokalis kumpulan itu, Matty Healy mengkritik undang-undang anti-LGBT di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Matty kemudiannya melakukan aksi songsang dengan mencium pasangan lelakinya ketika berada di atas pentas.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan agar pesta itu dibatalkan serta-merta.
Dalam pada itu, Jocelyn yang merupakan seorang pelawak kelahiran Singapura sebelum ini teruk dikecam selepas bertindak menjadikan peristiwa hitam pesawat MH370 sebagai lawak jenakanya ketika membuat persembahan beberapa bulan yang lalu.
Sehingga ke hari ini, Jocelyn dilihat masih lagi tidak ‘move on’ dengan tindakan kerajaan Malaysia yang meminta bantuan Interpol untuk menjejakinya bagi mendapatkan keterangan berhubung isu tersebut.
Ciapan Jocelyn Chia
Welcome Matty Healy to the gang of cool kids “canceled” by Malaysia lol
But wait a minute. Where are the calls for his arrest and Interpol to track him down for actually breaking Malaysian law while IN Malaysia? Has Malaysia gone soft? Or could it be.. Gasp.. No…what was it…
— Jocelyn Chia (@JocelynChia) July 22, 2023
Sumber: Twitter