Sebagai seorang anak, menjaga kebajikan ibu bapa sewaktu mereka sudah tua merupakan suatu kewajipan. Selain menjaga kebajikan, memberi kebahagian dan membuatkan mereka terhibur juga merupakan salah satu cara menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang bersusah payah membesarkan kita.
Menerusi Instagram chef selebriti Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam, dia memuat naik beberapa video dan foto bersama ibu tercinta yang berada di hospital. Menurut Chef Zam ibunya bakal melakukan pembedahan anestetik dan sebagai anak dia perlu berada di sisi dan memberi sokongan.
Mother’s love is totally unconditional
https://www.instagram.com/p/B78-OH4g39g/
https://www.instagram.com/p/B730U16AF_V/
Menurut Chef Zam, sebagai seorang anak dia sangat mengetahui bahawa ibunya sangat takut dan gementar untuk menjalani pembedahan. Namun, dia berusaha untuk membuatkan ibunya gembira dan tidak risau sebelum doktor melakukan pembedahan di salah sebuah hospital tempatan. Berdoa kepada Yang Maha Esa turut dilakukan oleh Chef Zam agar insan yang dicintai itu kembali sembuh dan urusan pembedahan selamat dilakukan.
Tersengih Erra Fazira datang melawat
https://www.instagram.com/p/B7542yHAdSr/
https://www.instagram.com/p/B7-1FJZAYAN/
Terdahulu, pelakon cantik iaitu Erra Fazira turut melawat ibu Chef Zam di hospital. Ternyata, kegembiraan jelas terpancar pada wajah seorang ibu apabila berjumpa primadona Malaysia. Perasaan syukur turut diucapkan oleh Chef Zam setelah ibunya selamat menjalani pembedahan keesokan harinya. Hampir 4 jam ibunya berada di dewan pembedahan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Ucapan terima kasih buat rakan yang mendoakan di Malaysia, Mekah dan Madinah turut diucapkan oleh Chef Zam. Dia berharap Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik semua yang mendoakan kesihatan ibunya.
Sumber: Chef Zam