“Senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, terasa dunia ini, ana yang punya.” Ha.. mesti anda semua (terutamanya kaum lelaki) sentiasa ingat dengan bait-bait lirik lagu Madu Tiga dendangan Allahyarham seniman P.Ramlee ni kan.
Tapi, lain pula ceritanya dengan watak Zul (lakonan Aiman Hakim) dalam drama ‘Selamat Pengantin Madu‘ yang tengah hot sekarang ni.
Di episod ke 12 ini, Zul nampaknya dah sejuk hati sikit dengan Masmira. Tapi, lama jugalah Zul tak balik ke rumah Masmira sejak kes menipu kandungannya itu bocor.
Dek kerana itu, Zul banyak meluangkan masa di rumah Hana. Sampaikan aktiviti rutin Hana untuk pergi ke latihan boling pun terganggu.
Apa yang jadi highlight di episod kali ini ialah Zul dah mula marah-marah dan menuduh Hana mempunyai skandal dengan Ghazi, kawan sepejabat.
Apatahlagi apabila Zul ternampak anaknya, Isya berjumpa dengan Ghazi semasa mahu menjemputnya daripada sekolah. Tapi, apabila dah kena tuduh macamtu, Hana pun naik anginlah sebab dia sememangnya tiada hubungan istimewa dengan Ghazi.
Cuma, kami jadi geram apabila Masmira nampaknya takdelah ‘insaf’ sangat dengan perbuatan melampaunya. Masih ada lagi hasad dengki dalam hatinya apabila Zul membawa Hana bercuti di Maldives untuk ulangtahun perkahwinan mereka.
Nak tahu dia buat apa? Dia boleh mesej kawan lelakinya untuk menghadiri sebuah majlis hari jadi. Kononnya macam nak balas dendam lah. Nak tahu apa lagi kisah selanjutnya? Kenalah sabar dan tunggu Khamis minggu depan pula ya!