berita

‘Selamat Ulang Tahun Ke-21 Kak Ngah’ – Kes Bunuh Nurin Jazlin Tak Pernah Tutup, Ayah Titip Ucapan

September 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pada 17 September 2007, negara dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nurin Jazlin.

Menerusi laporan Harian Metro, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih melakukan siasatan berhubung kes bunuh Nurin sehingga hari ini.

Kes sentiasa aktif

Kes ini sentiasa aktif, namun PDRM masih belum mendapat apa-apa petunjuk baharu. Bagaimanapun, bukti-bukti penting seperti deoxyribonucleic acid (DNA) berhubung kes ini masih berada dalam bank data kami untuk rujukan apabila diperlukan kelak. Kami tidak pernah tutup kes itu. Kalau ada petunjuk baharu, kami akan ambil tindakan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, bukti penting mengenai kes pembunuhan Nurin masih berada dalam bank data PDRM. Tambah beliau, kes ini juga masih lagi sentiasa aktif, namun pihak beliau masih belum mendapat sebarang petunjuk baharu.

Hilang semasa pergi pasar malam

Menurut Ketua Polis Selangor pula, Datuk Noor Azam Jamaludin pihaknya tidak pernah menutup kes berkenaan. Bahkan, beliau akan mengambil tindakan sekiranya ada petunjuk yang melibatkan kes tersebut. Terdahulu, Nurin Jazlin, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007. Nurin juga dipercayai dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah van putih.

Pada 17 September 2007, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. Hasil ujian DNA mengesahkan mayat yang ditemui merupakan mayat Nurin.

Selamat ulang tahun

11 September 1999. Jam 6.30am lahir nurin jazlin ke dunia. Di pinjam hanya sementera dan meninggalkan keluarganya di dunia selama-lamanya pada 17 September 2007. Selamat ulang tahun ke-21 tahun Kak ngah. Al-Fatihah dibaca.

Di Facebook, Jazimin Abdul Jalil telah menitip ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat arwah anaknya. Menurutnya, semalam genap usia Nurin yang ke ke-21 tahun. Jazimin turut memuat naik foto ketika dirinya melawat pusara Nurin semalam.

Sumber: Harian Metro & Jazimin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×