Mata wang kripto bukanlah satu benda yang asing lagi dalam era digital sekarang. Menurut FBS, kripto dilihat sebagai mata wang masa depan dan nilainya dianggarkan bakal terus meningkat.
Lazimnya wang kripto boleh dijana melalui pelaburan dengan konsep yang sama seperti mana melabur saham. Tetapi, sejauh mana agaknya keselematan untuk melabur wang kripto ini?
Jom kami terangkan 5 ciri keselamatan utama pelaburan wang kripto
1. Privasi terjaga
Privasi pengguna terjamin sepenuhnya melalui urus niaga ini kerana identiti individu dirahsiakan untuk semua transaksi mata wang kripto.
2. Penggunaan Blockchain untuk transaksi telus
Bagi memastikan transaksi adalah telus dan mengelakkan sebarang penipuan, semua transaksi mata wang kripto direkodkan dalam lejar awam melalui penggunaan teknologi blockchain (rantaian blok). Setiap transaksi dan data yang direkodkan dapat diakses oleh orang ramai pada bila-bila masa, tetapi nama individu yang menjalankan transaksi dalam rangkaian tersebut tidak diketahui.
3. Tiada campur tangan orang tengah
Mata wang kripto adalah bersifat desentralisasi (tidak berpusat), di mana ianya tidak terletak di bawah kawal selia agensi berpusat seperti bank, institusi kewangan lain atau kerajaan.
4. Pelaburan kripto adalah dibenarkan dalam syariat kewangan islam
Menurut Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pelaburan dan perdagangan matawang kripto adalah dibenarkan pada platform pertukaran aset digital berdaftar, seperti Luno.
5. Pasaran aset digital Malaysia dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Memetik laporan Awani, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) komited dalam memastikan pasaran aset digital Malaysia dikawal dengan baik untuk menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab dalam ruang aset digital dan pada masa sama memastikan kepentingan pelabur dilindungi.
Antara platform pertukaran aset digital yang dikawal selia adalah Luno Malaysia
Luno merupakan platform pertukaran aset digital pertama di Malaysia yang menerima kelulusan SC. Haa.. Kalau korang baru pertama kali nak cuba melabur dalam mata wang kripto, Luno adalah tempat paling sesuai dan dipercayai yang boleh korang pertimbangkan.
Kerana melalui platform ini korang akan dapat belajar pelbagai perkara tentang mata wang kripto serta memudahkan korang untuk melabur secara selamat.
Objektif pertama Luno adalah untuk memastikan rakyat Malaysia lebih celik kewangan dan membina kefahaman tentang aset digital.
Cara nak guna Luno mudah je tau, korang hanya perlu muat turun aplikas Luno di App store atau Google Play Store kemudian terokai digital aset yang korang rasa yakin dan bersesuaian untuk korang kemudian boleh terus buat pembelian walaupun dengan hanya serendah RM1 je!
Jom lepak mamak dengan Luno!
Bermula sekarang sehingga 8 Februari 2023, korang boleh lepak mamak dengan Luno! Sambil-sambil makan dan tengok bola tu korang juga dah boleh belajar tentang mata wang kripto dengan hanya imbas QR pada pelekat Luno yang akan diletakkan pada beberapa lokasi mamak popular seperti Ali Maju, Syed Bistro serta Ali’s Corner di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Min gerenti tak sukar pun untuk korang faham tentang mata wang kripto dan pelaburan dengan Luno, semuanya mudah dan selamat!
Untuk mengetahui terma dan syarat Luno serta info lanjut korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.