berita

‘Selamba Badak Dia Je Drive Macam Tu!’ – Polis Cari Pemandu Lawan Arus Di MRR2

August 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini seorang pemandu wanita kurang upaya dari Pulau Pinang, disahkan memandu secara melawan arah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dan menyebabkan seorang lelaki maut. Terbaru, viral di media sosial pula apabila satu rakaman video mengenai sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna putih, melakukan aksi yang sama di Jalan Pandan Indah Lebuhraya Besraya semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, sedang mengesan kenderaan tersebut.

Memandu secara berbahaya

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, pihaknya kini sedang mengesan kenderaan berkenaan yang telah dikenal pasti nombor pendaftarannya. Tambahnya, dalam kejadian itu pemandu tersebut memandu secara berbahaya tanpa mempedulikan pengguna jalan raya dan telah menyebabkan kemalangan kepada kenderaan lain.

Polis telah merakam percakapan pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan (dua buah kenderaan) itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak polis juga sedang melakukan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Lebuhraya Besraya dan meminta orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan untuk tampil memberi maklumat kepada polis.

Rempuh 5 kenderaan termasuk van dan motosikal

Dalam kes terdahulu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid mengesahkan pemandu berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU. Ketika kejadian, remaja yang memandu Proton Gen-2 itu melanggar 3 kenderaan sebelum membuat pusingan U beberapa meter dari Plaza Tol Sungai Dua dan memecut melawan arah trafik sejauh 5km di Km 134 Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah.

Ia kemudiannya merempuh Perodua Kelisa yang dipandu pekerja kilang, Mohamad Fandi Rosli, menyebabkan bakal bapa berusia 26 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta dipandu remaja itu turut merempuh 5 kenderaan lain, termasuk sebuah van kilang dan motosikal.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen menyifatkan pemandu tersebut berada dalam keadaan yang tidak stabil semasa memandu. Mereka turut berharap pihak berkuasa segera mengenal pasti pemandu tersebut dan tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap kesalahan itu.

Sumber: Sinar Harian ,999 & Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×