berita

Selamba Bawa Anak Kecil Naik Motor, Tak Pakai Mask…Netizen Risau Wujud ‘Kluster Ramadan’

May 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, dianggarkan hampir 500 orang pengunjung keluar masuk ke Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam untuk membeli juadah berbuka puasa. Menerusi tinjauan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, orang awam dipercayai tidak mengikut syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) yang telah dilaksanakan.

Seolah-olah PKP sudah ditamatkan

Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis mendapati ramai individu yang keluar dari rumah tidak memakai penutup hidung dan mulut, membawa anak kecil menaiki motosikal dan tiada penjarakan sosial ketika beratur membeli juadah. Di samping itu, pelbagai gelagat pengunjung, pembeli, peniaga turut dilihat, malah ramai tidak menghiraukan kehadiran polis dengan menaiki motosikal tanpa topi keledar serta penutup hidung dan mulut.

Menurut penduduk tempatan yang dikenali sebagai Afiz, sebahagian besar pengunjung datang membeli juadah bukan penduduk sekitar Padang Jawa sebaliknya dari kawasan lain di Shah Alam serta Klang.

Saya terkejut, tidak sangka ramai masuk ke kawasan tempat tinggal saya sehingga keadaan seolah-olah tidak dapat dikawal. Saya tidak nafikan ada datang membeli ini mereka yang sudah mula bekerja, tidak sempat menyediakan juadah sendiri seperti sebelum ini kerana bercuti dan mempunyai banyak masa bersama keluarga. Kemudian yang berniaga pula, saya percaya mereka pun risau dengan wabak ini, tetapi perlu mencari rezeki untuk membangunkan ekonomi keluarga.

Saya dapat tahu, mereka memang buat kawalan pergerakan kenderaan di sini dan tidak membenarkan kenderaan diparkir sesuka hati atau ‘double park’ tapi mungkin mereka pun sudah kembali bekerja, keadaan jadi seperti ini. Sebagai penduduk di sini, saya bimbang melihat keadaan ini dan harap pihak berkuasa seperti polis dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dapat terus memantau lokasi kami di sini.

Tambahnya, Padang Jawa merupakan lokasi tumpuan setiap kali bulan Ramadan kerana terdapat pelbagai juadah yang sedap dan menyelerakan. Selain itu, Majlis Perwakilan Komuniti Kampung dengan kerjasama satu badan Bukan Kerajaan (NGO) setempat telah membuat kawalan dan pemantauan terutama keadaan lalu lintas di Padang Jawa.

Foto keadaan di Padang Jawa

Masih ada yang berdegil

Rata-rata netizen yang melihat keadaan semasa di Padang Jawa meluahkan rasa bimbang kerana masih ada ramai individu yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga serta memandang remeh mengenai wabak yang sedang melanda negara.

Sumber: Harian Metro & Pemuda Padang Jawa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×