Baru-baru ini kecoh mengenai desas desus membabitkan perkahwinan pasangan pempengaruh, Aliff Teega dan Aisyah Hijannah yang dikatakan bagai telur di hujung tanduk.
Difahamkan, perkahwinan mereka sedikit goyah selepas dipercayai terkena buatan seorang individu yang mahu menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – ‘Tak Ada Cerai Berai, Saya Sayang Isteri & Anak-Anak’
Alif tegur Aisyah
@_the.only.hidayah_ ujian keluarga itu ada.. semoga yg baik² utk mereka #alifteega #alifteegaaisyahhijanah #famliy #tilljannah ? original sound – HiDaYaH MoKhTaR
Terbaharu, tular satu rakaman video memaparkan Aisyah yang sedang menjawab beberapa soalan diajukan netizen menerusi sesi siarang langsung di TikTok mengenai keadaan terkini hubungan rumah tangganya.
Sedang Aisyah leka menjawab beberapa soalan, Alif yang secara tiba-tiba datang dari belakang menasihati isterinya itu untuk tidak terlalu berkongsi mengenai perihal rumah tangga kepada netizen di media sosial.
Bila kita buka ruang satu nanti akan terbuka pula ruang kedua dan ketiga. Aisyah tahu abang punya aib dan abang tahu Aisyah punya aib tapi ada tak abang cerita dekat orang?
Aisyah baca tak komen-komen tu? Orang semua membenci abang tau, ada tak abang menghasut orang membenci Aisyah?
Abang tak suka bila orang luar bercakap-cakap pasal kita kemudiannya hubungan kita macam ni. Bila orang tanya terus cut off tak perlu explain panjang panjang.
Jadi enough with the talking dan jangan cerita apa-apa dah.
Rakaman video tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tidak setuju dengan cara yang dilakukan Aisyah.
Netizen kecam Aisyah
Di aplikasi X, rata-rata netizen mengecam tindakan Aisyah yang dianggap tidak menghormati permintaan Alif untuk menghentikan sesi siaran langsung itu.
Menurut mereka, Aisyah sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri di atas ujian dan dugaan yang melanda rumah tangganya baru-baru ini.
Sumber: TikTok, Aplikasi X