berita

Selamba Cerita Jimak Sepupu Di Pagi Raya Bukti Masyarakat Kita Makin ‘Sakit’?

June 19th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja pada zaman kini semakin hari semakin parah. Buktinya, seorang individu tanpa segan silu bertanyakan mengenai hubungan seksual yang berlaku antara sepupu di laman Twitter. Tambah mengejutkan, ada yang mengaku teringin ‘merasa’ tubuh badan saudara sendiri!

Terkejut dengan tweet tersebut, lelaki ini di Facebook meluahkan rasa kesal dan bimbang.

‘Ada yang dah siap berjimak dengan cousin pagi raya?’

Macam mana nak besarkan anak zaman mendatang

Engkau dah tengok satu screenshot dari seorang pengguna Twitter yang menulis soalan dia untuk berjimak dengan saudara/sepupu sendiri di pagi raya?

Seperti yang kita sedia maklum, penyampaian, pemilihan kata dan topik, dan keterbukaan yang ada dalam Twitter di kalangan orang Melayu agak beza dengan Melayu yang guna Facebook di sini. Di sana, lebih terbuka, lebih liar, lebih ganas dan tak terkawal.

Waktu aku nak terbang ke Guangzhou selepas SPM, bapa aku berkali-kali bagi nasihat- jangan pegang dadah, pandang pun jangan, jangan main pelacur, jangan cuba arak- tiga benda ni bapa aku ulang-ulang sebelum aku lanjutkan pelajaran di sini. Sebab bapa aku tahu, anak yang membesar tanpa kawalan mak bapa di usia remaja, mudah terdedah dengan ajakan sosial yang negatif.

Bila aku tengok screenshot Twitter tu, aku pejam mata. Entah nasihat jenis apa lagi aku nak kasi ke anak perempuan aku yang bakal lahir ni.

Entah macam manalah kita ni nak membesarkan anak kita di zaman mendatang nanti, tahun 2018 ni pun, orang kita yang beragama Islam tak segan silu tayang minum Hennesey, tak segan silu ambek gambar dengan awek dekat hotel, tak segan silu nak Twit pasal jimak dengan sepupu. Bayangkan tahun 2028 punya gila macam mana?

Tak semua perkara itu harus open

Dulu, nak beli rokok batang pun takut-takut, apatah lagi nak merokok depan orang tua. Zaman sekarang, bapak yang hisap rokok dengan anak remaja adalah satu family yang cool.

Selama aku di Guangzhou, aku dah saksikan macam mana Muslim Turki hadap Ramadhan dengan arak, macam mana budak Arab main perempuan tiap weekend, aku dah saksikan budak Muslim Indon keluar masuk kelab, aku dah saksikan macam mana budak perempuan Korea kena jamah 3-4 laki satu malam, yang Thailand gay, yang lesbian, yang bapuk tak sedar diri, yang bertikam sebab kalah judi bola—waktu tu aku rasa bertuah betul jadi Melayu, sebab Melayu tak se-ektrim bangsa lain yang aku nampak dekat sini.

Tapi bibit demi bibit, bangsa kita makin terdedah dengan perkara yang bagi kita taboo di zaman sekarang.

Ya, kita akan nampak kolot kalau kita tak pergi Zouk, kita akan nampak mundur kalau kita tak bergambar berbikini di instagram, orang akan cop kita “so 1990” kalau kita tak open minded.

Okay lah, mungkin masih okay kalau kita sembang pasal seks secara terbuka; tapi masalahnya, kita ada masyarakat yang cenderung nak berjimak dengan keluarga sendiri di bulan Syawal, kita ada masyarakat yang buat Whatsapp group pedophile yang share gambar budak-budak bawah umur untuk tatapan nafsu, kita ada awek-awek Melayu yang bertudung yang tak segan silu bicara pasal batang zakar Zul Ariffin. Kita dah mula ada semua tu, depan mata kita sekarang ni. Dan kalau kita tak bicara benda-benda ni di media sosial, lambat laun orang chop kita tak open minded, mundur, lapok, kolot. Kita tak nampak cool kalau kita tak selari dengan zaman.

Entah macam mana lagi kita nak didik masyarakat sekarang, bahawa, tak semua perkara itu harus open. Ada perkara yang kalau kita terlalu open, dia jadi songsang, dia akan jadi taboo. Entah cinta jenis apalah yang sukakan lubang dubur ni.

Tak perlulah kita ambek contoh kaum Nabi Luth tu, orang makin menjauh dari agama kalau kita nak nasihat ikut saluran agama, kau bayangkan ajelah kau nak besarkan anak perempuan kau tu nanti, anak-anak saudara lelaki kau ada nafsu ke dia pagi Hari Raya. Kau bayangkan tu ajelah. Kau bayangkan ajelah, kau kedapatan anak lelaki kau tengah bergomol dengan budak lelaki lain dalam bilik dia. Kau bayangkan ajelah, gambar bini kau yang mengandung tu tersebar di group Facebook lelaki gersang.

Kita sekarang berada dalam masyarakat yang “sick”, yang dalam rumah kita nak beraya sesama keluarga pun kita terpaksa berwaspada sesama sendiri.

Entah solusi apa lagi yang kita nak bagi untuk selamatkan bangsa yang penuh sopan santun ni daripada kegelinciran Dajjal.

Edited post: nama akaun Twitter ditutup sebab ada yang merasakan post sebegini membuka aib orang.

Sumber : Mag Malaya Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×