Aspek penjagaan kebersihan antara langkah yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu bagi mewujudkan kesihatan diri. Bukan itu sahaja, kebersihan di tempat awam juga adalah tanggungjawab bersama.
Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang pengguna Facebook iaitu Caca Salehudin berkongsi satu video memperlihatkan beberapa orang warga asing ‘buat hal’ dan tidak menjaga kebersihan.
‘Kembang terus tekak’
Menerusi perkongsian tersebut memaparkan 3 orang individu yang dipercayai warga asing sedang ‘menyembelih’ seekor lembu di tepi sebuah mini market. Menurut indvidu ini, lokasi tersebut adalah berhadapan dengan Atlantis Residence yang terletak di Melaka.
Bangla potong lembu dekat luar macam ni je wei. Entah sembelih macam mana la tu. Kembang terus tekak.
Tambahnya lagi, dia tidak pasti sama ada penyembelihan itu dilakukan untuk keperluan restoran ataupun kegunaan sendiri. Walau apa pun tujuannya, tindakan tersebut tidak manis dipandang orang lebih-lebih lagi dilakukan di kawasan terbuka.
‘Dah jadi macam pekan Bangladesh’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati dan berharap agar phak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap perbuatan mereka.
Sumber: Caca Salehudin