berita

Selamba Keluar Butik Tak Bayar, Wanita ‘Kantoi’ Cuba Curi 21 Pakaian?

August 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Bangsar, Kuala Lumpur, seorang guru tuisyen wanita ditahan oleh pihak polis selepas disyaki cuba mencuri 21 pakaian di sebuah butik terkemuka.

Menerusi laporan Harian Metro, cubaan wanita tersebut untuk mencuri pakaian di butik berkenaan gagal selepas pekerja butik itu menyedarinya.

Suspek dalam keadaan mencurigakan

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, pihaknya menerima maklumat mengenai kes tersebut daripada penyelia butik berkenaan. Tambahnya, maklumat tersebut diterima pada jam 6.30 petang.

Ketika penyelia terbabit membuat pemantauan di butik itu, dia melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dan dilihat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik berkenaan. Suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya dilihat keluar dari butik itu tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi.

Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan resit pembelian sebelum dia ditahan pihak pengurusan butik berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pihak polis turut merampas 21 pakaian yang dianggarkan bernilai RM4,310 yang cuba dicuri oleh suspek untuk siasatan lanjut. Ujar beliau lagi, suspek kini direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×