Sebelum ini, tular mengenai kejadian memaparkan seorang individu lelaki yang selamba melepaskan hajat kecilnya di tiang perkarangan parkir sebuah pasar raya.
Artikel Berkaitan: Remaja Rakam Aksi Beronani Guna Al-Quran, Siap Kencing Demi RM15!
Kini diburu polis
Terbaharu, pihak polis memaklumkan pihak mereka sudah pun menerima laporan mengenai isu tersebut dan giat melakukan siasatan bagi mengenal pasti identiti individu berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pihaknya telah pun melihat rakaman video memaparkan lelaki memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek warna kelabu melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut.
Menurut Wan Azlan, hasil siasatan lanjut yang dilakukan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 16 November lalu mendapati suspek kemudiannya terus beredar ke arah kereta Mazda berwarna biru selepas mendapati dirinya dirakam oleh seorang wanita.
Kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya yang terletak di Subang Jaya.
Di dalam rakaman video terbabit, terdapat perbualan antara perakam dengan suspek yang mengatakan terdapat tandas dan suspek hanya menjawab minta maaf dan seterusnya beredar.
Dalam pada itu, Wan Azlan mendedahkan identiti suspek masih belum dikenal pasti dan kes diklasifikasikan sebagai kelakuan aib mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955.
Suspek belum dikenal pasti dan masih dikesan bagi membantu siasatan.
Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam.
Video tular
@bharianmySelamba kencing di parkir pasar raya? original sound – Berita Harian
Sumber: Harian Metro, TikTok Berita Harian