Semua sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong, Tengku Azizah sememangnya berjiwa rakyat. Bukan sahaja mesra, malah baginda turut mencemar duli sanggup turun padang melihat kehidupan rakyat jelata.
Di Twitter, seorang pengguna memuat naik video baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim makan di sebuah gerai ditepi jalan. Memang sempoi betul Raja kita!
Sempoi Raja kita makan tepi jalan
Bayangkan betapa seronoknya peniaga bila terima ‘pelanggan’ istimewa begini.. Sangat dekat dengan rakyat.. pic.twitter.com/As1rQCR6Mg
— Pakcik 2 #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) December 15, 2020
Video berdurasi 2 minit tersebut menyaksikan baginda Al-Sultan Abdullah sedang menjamu selera di sebuah gerai bersama anakanda, Tengku Hassanal. Rata-rata memuji sikap ramah yang ditonjolkan dalam diri baginda yang sememangnya dilihat tidak sombong dan mesra rakyat.
Malah, apa yang menarik perhatian netizen adalah cara tuan kedai tersebut merakam sambil sempat mengusik Tengku Hassanal yang sedang bermain telefon. Siap panggil dengan panggilan ‘abang handsome’. Fuh bertuah kakak kedai itu dapat senyuman manis dari Pemangku Raja kita.
Sempat puji masakan sedap
Dalam perbualan tersebut, Raja Agong sempat memuji masakan kedai tersebut yang katanya sangat sedap. Daripada perbualan itu, boleh dikatakan baginda sering menikmati makanan di gerai itu sehingga boleh berbual mesra bersama kakak kedai itu. Baginda sempat bertanya mengenai arwah ayah kakak kedai ini dan beberapa orang yang dikenali baginda. Memang mesra betul, dah gaya macam kawan-kawan sahaja.
Rilek panggil abang handsome
Memang jiwa rakyat betul
Sumber : Pakcik