berita

Selancang-Lancang Mulut Azwan Ali, Tetap Akan Tunaikan Umrah Lagi Buat Kali Ke-7

July 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-10 at 12.45.40 AM

Siapa yang sememangnya followers tegar Azwan Ali pasti akan tahu betapa ‘meriah’ status di laman twitternya bukan? Saban hari ada sahaja status yang boleh buat orang panas punggung.

Bagi yang cepat melatah dan tersentap, sudah pasti akan membalas status -status tersebut dengan menggunakan bahasa yang tidak kurang pedasnya.

Bakal mengerjakan umrah buat kali ke-7 pada 21 Julai hingga 3 Ogos hadapan, Azwan Ali mengakui bahawa dia sememangnya bermulut lancang dan menganggap bahawa masyarakat Malaysia tidak boleh ditegur secara ‘direct’.

Screen Shot 2014-07-10 at 12.31.08 AM

Azwan Ali di majlis Iftar anjurannya beberapa hari lalu. Siap ambil anak angkat lagi tau!

“Bahasa saya memang agak kesat dan saya dah buat pengumuman tadi yang saya minta maaf pada semua. Tapi kalau orang masih dendam saya boleh buat apa? Saya akui saya memang lancang tapi saya pertahankan kenyataan saya adalah benar belaka dan ada fakta.

Contohnya seperti kes juadah berbuka di bazar. Saya nak tegaskan saya guna perkataan ‘most’ dalam status itu, bukan semua bazar ya. Maka, lepas tu ramai lah peniaga yang mengamuk dan maki hamun saya.

Tapi, Allah SWT bayar cash, 3 hari lepas tu ada pula kes keracunan sampai sekeluarga sakit dan semua haters senyap. Malah ramai pula yang sokong saya sebab tegur perkara-perkara macam ni.”

Terlanjur bercerita, kami pun tanyalah mengenai ‘perdebatan’nya dengan Adibah Noor. Yelahkan, sempena bulan Ramadhan ini tak nak berbaik ke?

“Kalau dia datang hari ini dan awak nak suruh saya salam dia, saya boleh pergi salam. Tapi kita tengok siapa yang lari. Saya nak berbaik bila-bila masa saja.

Baru-baru ini program Meletop nak temukan saya dengan dia, tapi dia yang tak nak, kata ada shooting. Bukan dia sahaja, malah ramai lagi artis yang macam tu. Masing-masing mahu berdendam.”

Baguslah macam tu kan. Di bulan penuh keberkatan ini apa kata kita saling maaf bermaafan. Tak guna pun nak bergaduh sebab industri hiburan di Malaysia ini bukan besar mana pun. Pusing-pusing jumpa orang yang sama juga.

Kredit foto: Instagram Azwan Ali

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×