berita

SELANGKAH Lancar Aplikasi Mudah Alih Dengan Fungsi Kesihatan & Komersial

February 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dikenali terutamanya di negeri Selangor, sistem pengesanan kontak pertama negara SELANGKAH melancarkan semula aplikasi mudah alihnya, Selangkah App. Namun, kali ini aplikasi tersebut memperkenalkan ciri-ciri kesihatan dan komersial baharu bagi membantu lagi pengguna dalam mengharungi pandemik Covid-19.

Buat pengetahuan korang, aplikasi ini telah dilancarkan buat pertama kalinya pada Mei 2020 sebagai salah satu medium penggunaan segera untuk memudahkan pemantauan orang awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Terbaharu, versi terkini Selangkah App telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, semalam.

Ciri-ciri aplikasi baharu

Selain daripada pengesanan kontak, ciri-ciri SELANGKAH yang sedia ada sebelum ini adalah Crowd Trend iaitu graf kekerapan sesebuah premis menerima pengunjung. Selain itu, Affected Premises Map iaitu peta lokasi yang terjejas akibat kes Covid-19. Check Your Exposure Risk untuk menyemak silang log pengunjung pengguna dengan premis yang terjejas untuk mengetahui sama ada mereka terdedah kepada Covid-19 turut terdapat dalam SELANGKAH. Akhir sekali, Visitor Log iaitu papan data bagi pihak berkuasa menyemak jika mana-mana premis melanggari SOP.

Menerusi Selangkah App, sistem pengesanan kontak ini telah dinaiktaraf supaya tahap kesihatan dan keselamatan pengguna dilindungi terutamanya sepanjang pandemik ini. Oleh itu, ciri-ciri baharu telah diperkenalkan.

Foto: Ciri-ciri baharu

Terdapat empat juga ciri-ciri baharu dalam aplikasi SELANGKAH yang versi terbaru ini. Antarnya ialah Dual-System Scanning di mana kamera pengimbas aplikasi ini mampu mengimbas kedua-dua kod QR SELANGKAH dan MySejahtera, lalu membolehkan pengguna menikmati kemudahan kedua-dua platform ini. Selanjutnya, GPS Check-In. Pengguna boleh mendaftar masuk dengan menggunakan sistem pengesanan lokasi (GPS) telefon pintar mereka tanpa perlu mengimbas kod QR.

QR Code Scan History Log juga merupakan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyemak sejarah pendaftaran masuk mereka. Akhir sekali, Bulletin Board iaitu papan buletin memaparkan notis pengumuman terkini daripada kerajaan mengenai perkembangan semasa mengenai Covid-19.

SELANGKAH Id dan SELANGKAH Biz

SELANGKAH turut menawarkan fungsi komersial seperti SELANGKAH ID dan SELANGKAH BIZ bagi membantu mereka yang terkesan akibat ekonomi negara yang terjejas teruk ketika pandemik ini.

SELANGKAH ID merupakan pengenalan digital pertama di dalam negara. Ia merupakan sistem bersepadu (Single-Sign-On) yang membolehkan pengguna mengakses semua fungsi SELANGKAH. Ia boleh mengesahkan sebarang transaksi yang memerlukan pengesahan digital dan biometrik. Tidak lama lagi, SELANGKAH ID turut menawarkan akses bagi perkhidmatan berkaitan kerajaan. ID Digital ini juga dibangunkan dalam usaha untuk mencapai Agenda Smart Selangor.

Sementara itu, SELANGKAH BIZ menawarkan penyelesaian tanpa tunai yang direka khas untuk peniaga mikro, kecil dan sederhana, membolehkan mereka menerima pembayaran dari mana-mana penyedia e-dompet.

Sebagai contoh, penjaja yang hanya mempunyai akaun bank tetapi tidak mempunyai akaun e-dompet, kini boleh menerima bayaran daripada e-dompet pelanggan mereka. Platform ini juga membolehkan penjaja menguruskan transaksi jualan harian mereka serta menjana invois elektronik untuk pelanggan. Canggih dan terbaik!

Korang boleh dapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan SELANGKAH menerusi Selangkah App yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web selangkah.my(untuk semua sistem operasi), ataupun Google Play Store dan tidak lama lagi di Apple App Store.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×