berita

Selangor Nak Beli Sehingga 5 Juta Dos Vaksin Covid-19

January 11th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Jumlah kes penularan Covid-19 di Malaysia nampaknya semakin hari semakin membimbangkan. Rakyat yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan bergerak terlalu bebas dikatakan antara puncanya.

Artikel berkaitan: ‘Tengoklah Kecil Mana Jarum Tu’ – Konon Vaksin Covid-19 Ada Cip Pengesan, Ini Penjelasan Dr Amalina

Artikel berkaitan: 26.5 Juta Rakyat Malaysia Bakal Diberikan Suntikan Vaksin Covid-19 Percuma

Terbaru, kerajaan Selangor sedang merancang untuk memperuntukkan sebanyak 3 hingga 5 juta dos bagi mengawal penularan kes Covid-19 serta memutuskan rangkaian virus tersebut.

Foto: Amirudin Shari

Menurut laporan yang dipetik dari Sinar Harian, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu bakal diketengahkan semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan pada rabu ini, selain bermesyuarat dengan kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, beliau sedang usahakan sejak minggu lalu dan akan memberi keputusan apabila semua urusan selesai.

Langkah itu bagi memastikan kesihatan rakyat di negeri ini terus terjamin di samping memastikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi.

Tambahnya lagi, negeri Selangor perlu membeli vaksin itu kerana membabitkan ramai pekerja industri dan pekerja asing. Vaksin Covid-19 diutamakan kepada warganegara, namun, pekerja asing juga perlu menerima vaksin terbabit. 

Selangor antara negeri tertinggi kes Covid-19

Foto: The Malaysian Reserve

Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkaitan dengan peningkatan kes Covid-19 di Selangor.

Beberapa perancangan dan pelan tertentu masih dalam tindakan, sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara

Kerajaan Selangor juga akan membantu MKN dalam mengawal penularan kes Covid-19 memandangkan Selangor merupakan antara negeri yang mencatat kes tertinggi.

Sumber: Sinar Harian.

SKIP THIS AD ×