berita

Selebriti Tarik Balik Sokongan Terhadap Johnny Depp Selepas Dokumen Mahkamah Tersebar?

August 15th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Susulan dokumen mahkamah yang tidak dimeterai tentang kes saman Johnny Depp dan Amber Heard kini tersedia untuk bacaan umum, beberapa selebriti dilihat seperti menarik sokongan terhadap pelakon terkenal itu.

Artikel Berkaitan: Amber Heard Dakwa Johnny Depp Suka Marah-Marah Sebab Mati Pucuk

Artikel Berkaitan: Amber Heard Nak ‘Repeat’ Kes Saman, Dakwa Bukti Sebelum Ini Tak Kukuh & Juri Palsu

Selebriti ‘unlike’ foto Johnny

Memetik laporan Mirror UK, semakin ramai selebriti Hollywood dilihat menarik semula tanda ‘like’ yang sebelum ini dilihat pada hantaran Johnny yang dibuat selepas memenangi kes saman fitnah, dua bulan lalu.

Sebelum ini, Buzzfeed melaporkan beberapa nama besar Hollywood yang telah memberi tanda ‘like’ pada hantaran Johnny, antaranya Paris Hilton dan Jennifer Aniston.

Namun, selepas dokumen tersebut diperoleh umum, nama aktres Games of Thrones Sophie Turner, dan model terkenal Bella Hadid dan Yungblud didakwa telah ‘lesap’ daripada senarai ‘likes’ hantaran Johnny.

Bukan itu sahaja, nama-nama besar lain seperti Elle Fanning, Orlando Bloom, Robert Downey Jr, Zoey Deutch dan Joey King, juga hilang daripada senarai 19 juta tanda ‘like’ hantaran tersebut.

Nak serah gambar bogel Amber

Difahamkan, melalui dokumen mahkamah dengan 6,000 halaman itu, Johnny dikatakan telah mengecewakan pengurusan Walt Disney dengan tingkah laku di set filem Pirates of the Caribbean, selain ada kiriman mesej kepada Marilyn Manson yang menyentuh soal Amber.

Bukan itu sahaja, dokumen pra-perbicaraan mahkamah itu juga mendakwa aktor berkenaan ingin menyerahkan gambar-gambar bogel Amber sebagai bahan bukti, manakala Amber juga sama-sama dicegah daripada membuat dakwaan terhadap Johnny.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×