Peguam aktres Amber Heard mendakwa Johnny Depp mengalami masalah mati pucuk yang membawa kepada perlakuan keganasan seksual terhadap bekas isterinya.
Dakwaan relevan terhadap kes
Memetik laporan Daily Mail, pihak guaman Amber berkata, walaupun Johnny enggan mendedahkan masalah tersebut, ianya relevan kepada kes mereka.
Meskipun Depp enggan mendedahkan masalah yang dihadapinya itu, keadaan tersebut adalah relevan kepada tindakan keganasan seksual yang dilakukannya.
Ini termasuk sikap panas baran dan menggunakan botol terhadap Heard.
Menurut dokumen yang dikeluarkan pihak guaman Amber, mereka mendakwa bahawa keadaan kesihatan Depp menjadi faktor kepada sikap ganas terhadap isterinya.
Heard mendakwa, Johnny mengalami kesukaran selepas mengambil ubat bagi mengatasi masalah mati pucuk, dan disebabkan itu dia menjadi seorang pemarah dan melepaskan kemarahan itu terhadap isterinya.
Saya mengganggapnya sebagai hubungan seks ketika marah. Dia bertindak ganas terhadap saya selama beberapa kali dan melakukan hubungan seks dalam keadaan marah.
Bukan itu sahaja, bintang filem Aquaman itu juga mendakwa bekas suaminya itu kerap menghabiskan lebih banyak masa untuk minum arak bersama rakan-rakan dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Sumber: Daily Mail