berita

Selepas 2 Tahun Ditutup, Perpustakaan Awam TTDI Kini Dibuka Dengan Wajah Baru

September 25th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Sejak ditutup untuk pengubahsuaian pada April 2017, perpustakaan awam Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) secara rasminya dibuka semula Sabtu lalu, 21 September kepada orang ramai. Apa yang menariknya, perpustakaan berwajah baru ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta bilik-bilik yang luas dan selesa. Memang sesuai bawa anak-anak ke sini!

Lebih menarik

Apa yang seronoknya perpustakaan baru ini diubah menjadi lebih moden dan mempunyai perkhidmatan baru. Pengunjung juga boleh membaca pelbagai pilihan buku yang ditambah dari sebelum ini. Persekitaran yang menarik dengan hiasan dinding yng berwarna-warni menambahkan lagi mood untuk membaca.

Ruangan bersantai juga banyak ditambah di kawasan ini memberi keselesaan kepada orang ramai agar tenang ketika membaca buku.

Ruangan interaktif buat kanak-kanak

Ilustrasi dinding di perpustakaan baru ini dilukis dan dicat oleh pelukis mural tempatan Arif Rafhan Othman. Beliau merupakan seorang artis komik dan visual di bawah kreativiti kreatif Superdoofus Creative sejak 2014. Lihatlah hasil dibuat olehnya, memang kreatif sungguh!

Bukan itu sahaja, seluruh kawasan perpustakaan ini diubah suai serta ditambah ruangan menarik untuk kanak-kanak. Memang boleh dikatakan perpustakaan baru ini sangat mesra kanak-kanak kerana terdapat banyak kemudahan baru yang boleh menarik golongan ini untuk membaca.

Lebih luas dan selesa

Perpustakaan ini turut dilengkapi dengan dengan perkhidmatan IT. Selain itu bilik-bilik bacaan juga lebih luas dan mempunyai meja interaktif, sudut Internet, ruang permainan, dan juga bilik filem tau. Bilik-bilik bacaan juga lebih luas dan dilengkapi dengan perkhidmatan IT. Untuk mereka yang dewasa ingin membuat study group, disini juga disediakan bilik mesyuarat yang dipenuhi dengan kerusi-kerusi yang selesa.

Apa kata hujung minggu ini jika korang tak tahu nak bawa anak-anak pergi mana. Boleh cuba untuk ke perpustakaan baru ini yang boleh dikatakan sangat menarik!

Alamat :

Pusat Komuniti TTDI,
Lot 31204, Jalan Athinahapan,
Taman Tun Dr Ismail,
6000 Kuala Lumpur.

No. Telefon
+603 7726 6310

Waktu Operasi
Isnin (2pm – 6.45pm)
Selasa – Jumaat (10am – 6.45pm)
Sabtu dan Ahad (10am – 5pm)
Tutup pada cuti umum dan minggu pertama setiap bulan

Facebook | Instagram | Website

Sumber : Says

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×