berita

Selepas 22 Hari Menerima Rawatan Di Hospital, Bilal Disimbah Petrol & Dibakar Meninggal Dunia

March 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (Kebakaran), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Bilal Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong disahkan meninggal dunia semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Allahyarham Amri Budin yang berusia 66 tahun itu dipercayai tenat sebelum menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang pukul 4 petang selepas 22 hari menerima rawatan di hospital berkenaan.

Koma ketika menjalani pembedahan

Pada 19 Februari yang lalu, Allahyarham Amri Budin disimbah petrol sebelum dibakar oleh seorang suspek di hadapan Masjid Al Hasanah ketika mahu menunaikan solat Subuh. Ekoran daripada kejadian tersebut, dia terpaksa dimasukkan ke hospital dengan kadar segera bagi menerima rawatan dan menjalani pembedahan mengambil isi paha .

Menurut anak sulung Allahyarham iaitu Shahrizal Amri, arwah bapanya berada dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan mengambil isi paha bagi menggantikan bahagian kulit melecur di bahagian kiri badannya. Tambahnya, doktor turut memaklumkan kepada mereka sekeluarga bahawa keadaan bapanya pada ketika itu semakin tenat. Mereka sekeluarga diminta berkumpul buat kali terakhir pada masa tersebut.

Kami reda dengan pemergiannya walaupun doktor meminta kebenaran keluarga untuk melakukan pembedahan bagi membuang cecair dalam peparu, tetapi kami tak benarkan. Biarlah ayah pergi dengan tenang.

Serahkan kepada pihak polis

Mengenai kes yang berlaku, Shahrizal memberitahu dia menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang lanjut buat suspek yang simbah petrol dan membakar arwah bapanya. Walaupun perasaan marah masih wujud, dia yakin semua yang berlaku merupakan kehendak Ilahi.

Jenazah ayah akan dibawa pulang ke rumah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Terus, Alor Setar, malam ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×