berita

Selepas 23 Tahun, Polis Tawar RM2.9 Juta Kepada Individu Bantu Siasatan Pembunuhan Ngeri Remaja Ini

October 19th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Setelah genap 23 tahun, kisah pembunuhan Gerard Ross pada 14 Oktober 1997 sekali lagi jadi bualan ramai selepas pihak polis menawarkan ganjaran sebanyak RM 2.94 juta kepada sesiapa yang dapat memberikan info mengenai identiti suspek. Kejadian yang berlaku di Kent Street, Rockingham, South-West Australia masih menjadi tanda tanya kerana tidak diketahui motif si pembunuh.

Hilang dalam perjalanan ke kedai komik

Pada 14 oktober 1997,  sekitar jam 9.30 pagi, Gerard dan abangnya, Malcolm bersetuju untuk ke sebuah kedai komik di kawasan perumahan milik mereka. Dalam perjalanan, Malcolm bersama kasut roda terus bergerak laju meninggalkan adiknya dan sempat memberi pesanan untuk berjumpa terus di kedai komik tersebut.

Namun, setelah sekian lama, Gerard masih tidak muncul-muncul dan pada ketika itu Malcolm cuma beranggapan bahawa adiknya mungkin singgah di kedai-kedai sepanjang jalan tersebut menyebabkan dia mengambil masa yang lama. Dia turut mencari Gerard seluruh arcade Woolworths dan sekitar persisiran pantai. Selepas satu jam, Malcolm pulang kerana menyangkakan mungkin Gerard sudah pulang ke rumah terlebih dahulu dan tidak jadi untuk singgah ke kedai komik.

Pada ketika itu, ibu bapa mereka tiada dirumah kerana sedang bercuti di Rockingham. Sampai dirumah, dia melihat adiknya masih tiada dan mula menelefon ibu bapa mereka.

Mayat ditemui dalam keadaan mengerikan

Ekoran terlalu bimbang Gerard hilang, ibu bapa mereka pulang dari bercuti dengan keadaan tidak tenang pada petang itu. Ibu mereka iaitu Cyrese berfikiran bahawa anaknya mungkin ke ladang kebun milik ibu saudaranya namun rupanya tiada disitu. Keluarga mereka terus bertindak menelefon pihak polis untuk memaklumkan perkara ini.

Selepas dua minggu pencarian, mayat Gerard ditemui di Ladang Karnup Pine iaitu 20km jauh dari rumahnya. Mayat Geraed ditemui dalam keadaan mengerikan. Namun, mayat masih dalam berpakaian lengkap bersama wangnya masih ada di dalam poketnya. Satu-satunya barang peribadi yang tidak pernah dijumpainya adalah topi besbol Yankees.

Malah sehingga ke hari ini, polis tidak menemui jawapan. Kesan DNA pada badan mangsa tidak dapat membantu polis menjejaki pembunuh. Harapan sekarang adalah hanya saksi kejadian pada hari itu.

Saksi ternampak mangsa bersama seseorang

Lebih pelik apabila kejadian itu berlaku pada waktu siang bersama abangnya yang tidak jauh dan di jalan yang sama. Laluan antara rumah percutian (105 Kent Street) dan kedai adalah 800 meter di jalan yang sama dalam garis lurus. Peta ini menunjukkan laluan yang sama yang dilalui oleh abangnya di Kent Street. Namun polis mengkaji kemungkinan Gerard melalui pantai untuk memasuki pusat membeli-belah berkenaan.

Selepas beberapa bulan, seorang jururawat dikatakan telah menelefon pihak polis dan memaklumkan ternampak kelibat kanak-kanak terbabit itu bersama seseorang pada hari kejadian. Namun, pihak polis tersilap mengatakan kes sudah selesai membuatkan saksi berkenaan membuang segala bukti. Pada 2017, polis cuba menghubungi semula saksi berkenaan. Malangnya, segalanya sudah terlambat. Apa yang berlaku pada mangsa masih kekal misteri hingga ke harini. Pembunuh masih bebas di luar sana.

Terima ganjaran 1 juta

Kami mahu anda tampil ke hadapan. Kami sangat yakin ada orang yang mengetahui apa yang berlaku di sini. Penculikan seorang kanak-kanak di jalanan pada waktu tengahari adalah sesuatu yang benar-benar merobek hati kita.

Sehingga ke hari ini, pihak polis masih yakin ada yang melihat apa yang sudah terjadi pada mangsa pada hari kejadian. Genap 23 tahun kekal misteri, pihak polis menawarkan ganjaran RM2.94 juta bagi sesiapa yang tahu mengenai kejadiaan ini. Kisah ini turut diceritakan semula dalam dokumentari 8 episod ‘The boy in the Blue Cap’ dalam Thewest.

Sumber : Reddit, ABC

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×