berita

Selepas 4 Bulan Hisap Vape, Doktor Sahkan Paru-Paru Lelaki Ini Mengecut & Mungkin….

March 29th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

vape-inline header

Baru-baru ini, rokok elektronik seperti vape telah menjadi satu trend bagi remaja yang kononnya vape kurang merbahaya, lebih jimat dan tidak berbau jika dibandingkan dengan rokok biasa. Namun, mereka kurang mengambil perhatian kepada kesan yang bakal dihadapi daripada penggunaan rokok elektronik itu.

Melalui laman facebook wanita ini telah memuat naik satu status berhubung keadaan yang dihadapi adiknya kesan daripada menghisap rokok elektronik, vape. Sayu hatinya apabila salah satu paru-paru adiknya didapati…

Hancur hati melihat dia begini…

vape

Hancur dan sayu hati melihat dia begini. Tabahlah wahai adikku sayang.

Kepada mereka yang bertanya apa yang dihadapi adik saya, ini ialah kesan selepas 4 bulan menggunakan rokok elekronik. Adik saya mula terjebak kepada vape selepas berhenti merokok. Dia mengadu sakit dada selama 2 hari dan mengalami sakit yang semakin teruk pada hari ke tiga. Kami sangkakan hanyalah sakit dada biasa.

Paru-paru kanannya mengecut. Doktor perlu membuat lubang untuk paru-paru kembali normal.

Remaja Dan Vape

Tetapi selepas melalukan imbasan x-ray kami dimaklumkan paru-paru kanannya mengecut. Oleh itu, doktor perlu membuat satu lubang di dadanya untuk memasukkan satu hos  paip untuk membolehkan paru-parunya kembali normal. Jika kaedah itu tidak menjadi, dia mungkin akan kehilangan satu daripada paru-parunya.

Saya dapat rasakan sememangnya ianya adalah satu pengalaman yang paling menyakitkan. Kesan daripada rokok dan vaping sebenarnya bergantung kepada sesorang individu itu sendiri, tapi ini merupakan peringatan awal kepadanya agar berhenti merokok dan vaping.

Perit sebenarnya melihat orang yang disayangi menderita sakit seperti itu. Betulla orang cakap beringat sebelum kena. Dah terlambat untuk menyesal apabila penyakit dah menyerang. Apa-apa pun diharapkan adiknya cepat sembuh dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Sumber: Al Nur

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×