berita

‘Selepas 4 Bulan Perlumbaan Maraton..’ -Kluster Sri Petaling Diisytihar Tamat, Ucapan Dr Noor Hisham Buat Ramai Sebak

July 9th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, kluster Sri Petaling iaitu kluster terbesar jangkitan Covid-19 merekodkan 3,375 kes positif Covid-19 selepas seramai 42,023 individu disaring di negara ini akhirnya diisytiharkan tamat.

Menerusi Facebook Dr Noor Hisham, dia melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus merawat semua pesakit Covid-19. Rata-rata netizen turut sebak dengan berita gembira tersebut.

Kluster Sri Petaling tamat

https://www.youtube.com/watch?v=zhzgwFWtFOs&feature=emb_title

Dalam sidang media yang diadakan semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan kluster Sri Petaling tamat selepas 28 hari sejak kes terakhir kluster dilaporkan (iaitu kes ke-8,367) pada 11 Jun lalu.

Hari ini sememangnya hari amat bermakna bagi negara apabila kita mengharunginya bersama. Pencapaian ini adalah kejayaan bersama bagi KKM dan agensi lain yang bekerjasama melalui tindakan bersepadu dalam segala pendekatan bagi mengawal dan membendung penularan jangkitan Covid-19 dalam kluster ini.

Beliau turut berkongsi kenangan yang lalu saat mereka bertungkus lumus untuk mengesan kelompok ini yang sukar sehingga memerlukan 4 bulan pengorbanan besar barisan hadapan.

Perjalanan yang panjang buat barisan hadapan

Kenangan yang tidak dapat dilupakan pada masa yang lepas. Mesyuarat penting yang dianjurkan oleh JAKIM untuk menjalin hubungan dengan pemimpin Jemaah Tabligh Sri Petaling untuk memutuskan penghantaran covid-19. Ini adalah permulaan perjalanan panjang yang membantu memulihkan keadaan.

Hari ini waktunya telah tiba dan ia mengambil masa selama 4 bulan dengan darah, air mata dan keringat, perlumbaan maraton untuk kesan dan jejak mangsa serta kenalan rapat mereka dan seterusnya mengakhiri kluster ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang telah memberikan sumbangan dan semoga tuhan memberkati kita semua.

Syabas diucapkan buat semua

Pencapaian ini merupakan kejayaan bersama bagi KKM dan agensi-agensi lain yang telah bekerjasama melalui tindakan bersepadu dalam segala pendekatan bagi mengawal dan membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam kluster ini. Pihak media juga telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat dan komunikasi risiko berkaitan kluster ini ke seluruh Negara.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Seri Petaling dan para jemaah atas sokongan padu serta bantuan rapat yang telah mereka berikan, yang banyak membantu dalam tindakan mengesan, membendung dan merawat kes-kes COVID-19 terutama bagi kluster ini. KKM mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, atas sumbangan dan perkhidmatan yang komited dalam pencapaian ini.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, kejayaan hari ini merupakan kejayaan bersama KKM dan agensi lain yang secara tak lamgsung memainkan peranan penting bagi menangani penularan jangkitan Covid-19 ini. Akhir sekali, beliau mengucapkapkan tahniah buat semua pihak terlibat sumbangan dan perkhidmatan dalam pencapaian ini.

Sumber : Dato Dr Noor Hisham

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×