Jika sebelum ini, kontroversi mengenai rumah tangga pelakon Izreen Azminda dan bekas isteri kepada suaminya iaitu Intan Liana Saleh dapat perhatian netizen. Tidak dinafikan, pelbagai kisah duka dilalui oleh kedua-dua pihak dalam mengharungi kehidupan rumah tangga.
Artikel berkaitan: ‘Dah Berzaman Aku Kena Fitnah Selama Ini’ – Izreen Azminda ‘Warning’ Netizen Kaitkan Dirinya Dengan Intan
Artikel berkaitan: Izreen Azminda Umum Sedang Hamil 4 Bulan. Tahniah!
Malah, mereka berdua juga didakwa tidak bertegur sapa dan sukar untuk melupakan apa yang sudah terjadi sebelum ini. Namun, baru-baru ini kelihatan Izreen Azminda dan Intan Liana sudah bermesra dan saling bermaafan dengan apa yang telah berlaku dahulu.
Saya minta maaf
Memetik laporan Harian Metro, Izreen Azminda mengakui sudah tiga kali memohon maaf kepada Intan dengan apa yang sudah berlaku. Malah, akhirnya mereka berdua baru ditemukan bersama dalam program Melodi Raya buat kali pertama selepas empat tahun.
Saya minta maaf tiga kali pada Intan. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apabila pihak Melodi bertanyakan perkara ini, saya okay dan tidak ada apa-apa halangan. Bukan sebab ia untuk program, tapi saya memang sudah lama menantikan peluang ini.
Apabila dia pun sudi dan bersetuju datang, bagi saya ia satu rahmat. Saya cakap pada diri, doa saya dimakbulkan Allah. Kiranya ini adalah pertemuan pertama kami selepas empat tahun.
Ikhlas dari hati saya
Izreen bersyukur doanya dimakbulkan untuk rezeki berjumpa dengan Intan secara bersemuka. Difahamkan, mereka sama-sama menjalani rakaman untuk Melodi Raya sebelum Aidilfitri lagi. Pelakon ini juga berharap agar hubungannya dengan Intan akan sentiasa baik-baik saja dan juga mengharapkan agar Intan memaafkannya.
Bagi saya, apa saya nak buat selama ini, Melodi sudah realisasikan untuk saya. Ibaratnya Melodi menjadi orang tengah. Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya. Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.
Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak.
Sumber: Harian Metro