Pelakon Badrol Shah memberitahu bahawa isteri tercintanya, Farah Shila Mazlan telah meninggal dunia, awal pagi tadi akibat Covid-19.
Meninggal dunia selepas 45 hari bertarung nyawa
Badrol atau nama sebenarnya Badrol Shah Abdul Manan, 39, berkongsi berita duka menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG).
Menurutnya, isterinya menghembuskan nafas akhir pada pukul 8.15 pagi selepas 45 hari bertarung dengan virus merbahaya itu.
Isteri saya baru menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi pada jam 8.15 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah 45 hari bertarung dengan Covid-19.
Salam takziah
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata rakan selebriti serta kenalan turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Sebelum ini, timbul kekeliruan dengan pihak hospital apabila berkongsi maklumat salah bahawa isterinya sudah meninggal dunia pada 10 Ogos lalu.
Sumber: Instagram @badrolshahmanan