berita

Selepas 8 Hari Dilaporkan Hilang, Mayat Wanita Warga Emas Dijumpai Terbaring Dalam Longkang

June 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas lapan hari dilaporkan hilang oleh keluarganya, seorang wanita warga emas berusia 76 tahun akhirnya ditemukan di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Serdang Raya, semalam.

Terhidu bau busuk

Menerusi laporan Harian Metro, mayat wanita warga emas itu ditemui selepas pihak polis menerima maklumat melalui panggilan telefon daripada seorang wanita. Menurut wanita tersebut, dia terhidu bau busuk di dalam longkang hadapan rumah. Sebaik sahaja pihak polis melakukan pemeriksaan, mereka mendapati terdapat mayat yang berada dalam keadaan terbaring.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan forensik hadir ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan mangsa dan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atas tubuh badannya. Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang senjata yang dijumpai. Siasatan lanjut mendapati pada 28 Mei lalu keluarga si mati ada membuat laporan polis berkenaan mangsa keluar rumah dan tidak pulang,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat dikeluarkan yang akan dibuat pada esok selepas ujian saringan Covid-19 diperolehi. Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Balai Polis Seri Kembangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan tiada sebarang senjata yang berjaya dijumpai oleh pihak polis di tempat kejadian. Tambahnya, kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat. Ujian saringan Covid-19 juga bakal diperolehi hari ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×