berita

Selepas Black, Giliran Tomok Pula Minta Kerajaan Tidak Pinggirkan Golongan Artis

March 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Golongan penggiat seni antara golongan yang terkesan sejak berlakunya penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Ini kerana, sesetengah program ataupun show mereka terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan serta merta.

Oleh itu, baru-baru ini viral di media sosial apabila ada golongan artis berharap agar pihak kerajaan tidak meminggirkan mereka dan memberikan bantuan khusus juga. Penyanyi Tomok, antara salah seorang yang berkongsi pendapatnya mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya.

Terdetik memberi sedikit pandangan

Assalamualaikum semua. Saya di sini terdetik untuk memberikan sedikit pandangan saya berkenaan isu ‘Artis Perlu Bantuan Kerajaan’. Seperti mana yang kita tahu sekarang, negara kita berada di dalam satu situasi di mana semua golongan terkesan dengan wabak Covid – 19 ini. Golongan anak seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat ini di mana segala aktiviti seni kami tidak kira penyanyi, pelakon, pemuzik, krew penerbitan, produksi drama atau filem semuanya terjejas, ditunda atau terpaksa di batalkan.

Ianya memberikan impak yang besar pada mereka di mana kebanyakan anak seni dan penggiat seni ini menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka. Begitu juga dengan artis-artis senior tanah air yang kurang bernasib baik semoga pihak berwajib dapat membantu lagenda-lagenda kita ini. Dengan pandangan saya ini, saya harap pihak kerajaan tidak terlepas pandang pada anak-anak seni dan penggiat seni. No one will be left behind.

Menurut Tomok, semua golongan termasuk anak seni akan terkesan dengan wabak yang sedang berlaku di negara ini. Mereka seolah menerima tamparan yang hebat apabila kesemua aktiviti seni mereka terpaksa ditunda dan dibatalkan. Hal tersebut, sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan mereka. Melalui pandangan yang diluahkan, Tomok berharap pihak kerajaan tidak terlepas pandang pada anak-anak seni juga.

Baca guna otak bukan nafsu

Terdahulu menerusi laporan Berita Harian, penyanyi, Black turut meluahkan hasrat yang sama agar pihak kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus.

Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit. Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit.

Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan. Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhkan. Selagi semua itu ditunda, kami tiada pendapatan. Apa yang terjadi tidak dinafikan menjejaskan pendapatan kami. Saya bersyukur ada menyimpan, jadi tidaklah terbeban perbelanjaan bulanan saya.

Pada masa yang sama, dia turut menasihati nertizen agar mereka perlu faham dan baca semua penjelasan dan pandangan menggunakan otak bukannya nafsu sebelum memberikan kecaman.

Sumber: Tomok & Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×