Pelawak dan pengarah, Sabri Yunus mendedahkan bahawa dia hanya diberi masa selama dua minit untuk memilih nama Islam buat isteri tercintanya, Angeline Tan ketika melakukan proses pengesahan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pada 26 September yang lalu.
Artikel Berkaitan: Pi Mai Pi Mai Tang Tu! Angeline Tan Sah Isteri Sabri Yunus
Ardini jadi pilihan
Memetik laporan Buletin TV3, Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus berkata, waktu yang terhad diberikan itu membuatkannya memilih nama ‘Ardini’ yang membawa maksud begitu indah.
Selepas dia bersedia untuk memeluk Islam, saya membawa dia bertemu keluarga dan membantunya mengucapkan dua kalimah syahadah di kediaman saya di Kelantan.
Kemudian kami ke pejabat agama untuk proses pengesahan. Waktu itu mereka minta kami pilih satu nama Islam untuk didaftarkan.
Dalam tempoh dua minit saja saya jumpa nama Ardini dan maksudnya adalah isteri yang menyayangi.
Dalam pada itu, pelakon sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu memaklumkan bahawa dia selalu berkongsi video ceramah agama Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza bagi membantu Angeline mendalami tentang perihal agaman.
Saya selalu beri video ceramah yang disampaikan Dr Maza. Bagi saya, pendekatan yang dibawakan dalam berkongsi perkara berkaitan agama amat mudah dan lebih difahami.
Bagi saya dakwahnya tidak menyusahkan, lebih-lebih lagi untuk seseorang yang baru memeluk Islam.
Beliau mengajar kita untuk melihat agama Islam dengan cara yang terbaik.
Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan oleh Dr Maza dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober yang lalu.
Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom tersebut pada tahun 1992.
Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.
Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Buletin TV3