berita

Selepas Dua Bulan Ashraf Sinclair Meninggal Dunia, Giliran Kucing Kesayangan ‘Ikut Pergi’

April 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Penyanyi, Bunga Citra Lestari hari ini memuat naik satu posting di akaun Instagram di mana kucing kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya. Lebih menyedihkan, kucing tersebut merupakan kucing kesayangan arwah suaminya iaitu Ashraf Sinclair dan anak mereka Noah Aidan Sinclair.

The smartest cat

Dear Toni.. Thank you for bringing joy to our house this whole time.. The smartest cat in the house.. Ur favorite time will be “liat cicak sambil digendong Daddy”. I know youve been struggling, its been a hard 2 months for you. Not understanding whats going on. It was hard for you to eat and you became weaker and weaker day by day. But you were a fighter, till you cant anymore. Rest in Peace Toni. We love you. Thank you for being in our lives. U will be missed. Send our love to Daddy there. Mommy & Noah

Menurut Bunga, dia sangat berterima kasih kepada Toni kerana membawa kegembiraan di rumahnya sepanjang tempoh mereka bersama. Tambahnya, Toni merupakan kucing yang paling pintar di rumah. Bunga turut memberitahu bahawa Toni sangat suka bersama arwah Ashraf sebelum arwah meninggal dunia.

Meskipun, kucing tersebut tidak faham mengenai situasi yang berlaku, Bunga memberitahu keadaan Toni semakin lemah dan kurang selera makan selepas arwah meninggal dunia. Walaupun keadaan kesihatannya semakin kurang sihat, Toni masih bertahan sehingga hujung nyawanya. Bunga berharap Toni dapat berehat dengan tenang di sana bersama Ashraf.

Kucing cinta sejati Bunga dan Ashraf

https://www.youtube.com/watch?v=mnm8BWbqpfk

Menerusi satu temu bual di Youtube, Bunga pernah memberitahu bahawa dia dan Ashraf mempunyai banyak persamaan, salah satunya suka memelihara kucing. Menurutnya, kucing salah satu sebab mereka berdua berkahwin. Setakat ini mereka sudah mempunyai 7 ekor kucing dan Toni salah satu daripadanya.

Mengulas mengenai kenapa mereka suka kucing, Bunga dan arwah Ashraf memberitahu bahawa kucing merupakan haiwan yang sangat manja dan tidak terlalu bergantung kepada manusia. Malah, mereka lebih memahami manusia.

Sumber: Bunga Citra Lestari & Lifestyle One

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×