Keputusan pelakon Fatin Afeefa untuk memperlahankan karier seni akhirnya membuahkan hasil berbaloi.
Artikel Berkaitan: Netizen Ejek Leher Berkerak, Fatin Afeefa Menangis Masa ‘Live’
Fokus jadi ahli perniagaan
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fatin berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli sebuah kereta jenama mewah.
Menurut aktres berumur 28 tahun itu, impian untuk memiliki kereta idaman jenis Mercedes-AMG GLE43 Coupe berjaya ditunaikan dalam tempoh enam bulan.
Enam bulan bersusah payan sebagai ahli perniagaan, inilah keputusannya. Segala penat lelah dan air mata akhirnya berbaloi!
Kata pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin, dia memperlahankan kerjayanya sebagai anak seni bagi memberi fokus kepada bidang perniagaan.
Pelik kan? Saya perlahankan aktiviti dalam bidang lakonan dan nyanyian untuk memberi fokus kepada dunia perniagaan, dan saya tidak menyesal. Saya percaya mengejar impian adalah cara terbaik untuk diri sendiri.
Kena kerja keras
Dalam pada itu, pelakon drama Cindai turut mengingatkan kaum wanita untuk bekerja demi mengejar cita-cita.
Wanita. Anda perlu ada impian sendiri dan paling penting kerjaya. Bina impian anda sendiri. Jangan mengharapkan ‘Daddy-Kasi’ saja, nanti ada orang buat konten.
Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah selain bangga dengan pencapaian penyanyi itu.
Sumber: Instagram @fatinafeefa