Gara-gara dikutuk leher berkerak, nama pelakon Fatin Afeefa menjadi sebutan ramai orang di media sosial.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa ‘Tergamam’ Anak Dakwa Bekas Suami Tidur Sebilik Dengan Wanita Lain?
Leher berkerak
Menerusi perkongsian di TikTok @mimilolayyy, Fatin dilihat sedang melakukan ‘make up tutorial’ kepada peminatnya.
Sedang rancak bertatarias, ada netizen bertindak mengutuk Fatin dengan berkata lehernya ‘berkerak.’
Selepas membaca komen itu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin menangis lalu berhenti daripada berborak.
Ramai ja leher macam dia
Respon spontan dari pelakon filem Tentang Bulan itu membuatkan rata-rata pengikut bersimpati dan menyelar individu terbabit.
Ada segelintir warganet yang berpendapat ada jenis kulit yang akan menjadi sebegitu kerana faktor genetik.
Dalam pada itu, aktres berumur 28 tahun menyatakan dia mampu untuk membelanjakan wang ringgi demi kecantikkan namun akan dikecam kerana mengubah ciptaan Tuhan.
Sumber: TikTok @mimilolayyy