berita

‘Selepas Kehilangan Anak Kedua, Allah Gantikan Dengan Tiga Lagi Cahaya Mata’

July 5th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kejadian tragis yang menimpa bayi berusia 5 bulan, Adam Rayqal semalam telah meruntun hati ramai orang. Tambah menyedihkan, apabila melihat ibu dan bapa bayi menangis kesedihan terkenangkan nasib anak.

Pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail menerusi laman Instagram berkongsi pengalaman kehilangan anak kedua yang berusia 10 hari. Anak pertamanya juga pernah dihantar ke nursery namun isteri bertindak berhenti kerja selepas anak tidak happy dan kelaparan.

Pernah mengalami kehilangan anak kedua

Hantar anak pertama ke nursery terdekat

Anak nampak tak happy & kelaparan

Motivasi meningkat, hati lebih tenang

(Sambungan)…. kami redah kehidupan di KL yg serba mencabar ini dan berserah kpd Allah.
Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan di sudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula utk membantu kewangan keluarga.
.
Selepas satu fasa yg agak lama isteri berada di rumah, kami dpt merasakan perubahan yg lebih positif berlaku kpd hidup. Walau gaji tak setinggi mana, dari segi kehidupan kami lebih berjimat kerana tiada kos utk isteri keluar bekerja, tiada bayaran tambahan utk nursery atau org gaji, tidak makan di luar dgn kerap. Paling penting, hati semakin tenang kerana tiada kebimbangan tentang anak yg kini di bawah jagaan ibunya sendiri.
.
Secara tidak sedar, motivasi diri saya semakin meningkat dalam semua aspek termasuk pekerjaan dan tak lama selepas itu segala2nya sgt positif, pintu2 rezeki terbuka entah dari mana dan saya berjaya mencapai tahap yg saya mahukan dlm kerjaya saya sbg seorg penyampai dan pengacara. Alhamdulillah!

Selepas kehilangan anak kedua, Allah gantikan dengan tiga lagi cahayamata dan sehingga kini semua di bawah jagaan kami tanpa perlu isteri bekerja semula. Kami tidaklah kaya tetapi Alhamdulillah kami rasa semuanya cukup dan bahagia. Itu adalah definisi “kekayaan” sebenar buat kami.
.
Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna.. namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam utk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.
.
Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak akan cukup.. tetapi jika kita seimbangkan dgn faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan.. InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dgn RM berjuta.
.
Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan org lain. Usaha dan berserahlah kpd Dia.. Maha Mendengar dan Memberi.

Sumber : Faizal Ismail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×