Jika sebelum ini industri hiburan K-pop dikejutkan dengan kematian pelakon dan penyanyi, Sulli yang ditemui meninggal dunia di rumahnya selepas menggantungkan diri akibat tertekan.
Terbaru, kecoh di media sosial mengenai berita kematian bekas ahli kumpulan Kara, Goo Hara yang disahkan meninggal dunia di rumahnya di Cheongdam, Gangnam.
Punca masih belum didedahkan
https://www.instagram.com/p/B494YKul2vD/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Menerusi Koreaboo, Goo Hara yang juga merupakan sahabat baik kepada Sulli dikatakan meninggal dunia kira-kira jam 6 petang pada waktu tempatan dan kematiannya itu telah disahkan oleh pihak polis di daerah Gangnam, Seoul. Walau bagaimanapun, punca kematian Goo Hara masih belum didedahkan oleh pihak polis.
Sebelum ini, selepas pembubaran kumpulan Kara, Goo Hara telah memulakan debutnya sebagai penyanyi solo pada bulan Julai 2015 menerusi album mini pertamanya yang berjudul Alohara (Can You Feel It?). Gadis ini juga turut melebarkan kariernya dengan kemunculan sebagai pelakon filem dan juga drama di Korea.
Pernah cuba membunuh diri
Terdahulu, pada bulan Mei yang lalu penyanyi yang berusia 28 tahun ini dikatakan cuba untuk menamatkan nyawanya dengan mencederakan diri dalam sebuah bilik yang terletak ditingkat dua rumahnya.
Walau bagaimanapun, percubaan membunuh diri itu tidak berjaya selepas dia ditemui oleh pengurusnya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik yang dipenuhi dengan asap. Goo Hara dikatakan bertindak sedemikian kerana tertekan namun dia mengakui bahawa dirinya sedang dalam proses pemulihan.
Rakan baik Sulli
Goo Hara has already took the same path as Sulli now. In that place, no one can ever hurt these girls anymore.
Rest in peace angels. pic.twitter.com/HtIpg4YDVu— Vira (@viradiego) November 24, 2019
there's no such thing as goodbye for those who love with all their heart and soul. You fought a good fight and now both of you can rest, Goo Hara and Sulli-yaaa ??? We will miss you, rest in peace… Prayers to all :(#RIPHara. Stay strong, KARA ? pic.twitter.com/V6INTKuUU9
— poem, with love ? (@BeenThereSnce13) November 24, 2019
I would like to send my condolence to Goo Hara’s family.
I’m so sorry for this tragic news.
My heart is broken and I’d like to pray to god to plz lead this fallen angel to rightfully place.
May her soul Rest In Peace ??#RIPHara pic.twitter.com/Uu9o8p6aJb— ???’ ??????? (@WONHOs_Rainbow) November 24, 2019
Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat amat terkejut dengan berita kematian penyanyi kegemaran mereka itu dan tidak kurang juga yang turut mempersoalkan punca kematian gadis ini. Dalam pada itu, mereka juga turut mendoakan agar rohnya tenang.
Walau bagaimanapun, buat masa ini, pihak polis masih belum memberi maklum balas berkenaan laporan tersebut. Apa-apa pun, kita tunggu pengesahan pihak polis dan pihak pengurusan mereka.
Sumber: Koreaboo