Pelakon Puteri Balqis sekali lagi menyorot perhatian warganet, kali ini dengan menitipkan doa buat aktres Fazura.
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Titip Puisi ‘Broken Child’ Buat Anak Fazura & Fattah – ‘Bila Kau Membesar, Aku Pasti Kau Tidak Akan Menyalahkan Sesiapa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Kena Reda & Sabar, Apa Yang Terjadi Adalah Perkara Yang Tak Dijangka’ – Fattah Amin
Doa buat Fazura
Menerusi ruangan komen pada salah satu hantarannya di Instagram, Balqis atau nama penuhnya Puteri Balqis Azizi dilihat membalas komen yang ditinggalkan Fazura.
Pelakon remaja berusia 17 tahun itu berharap agar Fazura dikurniakan kebaikan dan terhindar dari kejahatan.
Moga dirimu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan, dikurniakan keistimewaan dan kebijaksanaan naluri ibu yang dikhianati beribu manusia kejam.
Semoga Fatima mengasihi dan bersamamu dalam apa jua kejayaan.
I love you kakak, sama-sama kuat.
Terdahulu, pelakon drama Rampas Cintaku tersebut menulis puisi istimewa untuk anak kepada Fazura iaitu Fatimah Aisyah.
Ia susulan berita perceraian Fazura dengan aktor Fattah Amin yang telah mengejutkan seluruh industri seni tempatan.
Sumber: IG Puteri Balqis