Pengurus kepada pelakon Fazura iaitu Iman Tang mengatakan bahawa suami aktres itu, Fattah Amin tidak pernah menghubungi atau meminta nasihatnya tentang rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Daripada Fattah – ‘Selamat Hari Lahir Mommy, Semoga Gembira & Bahagia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Nasihat Ambil Masa Tenangkan Diri
Fazura tak cerita perihal rumah tangga
Ketika ditemui OhBulan!, Iman atau nama lengkapnya Nur Iman Tang, 49, berkata, kali terakhir Fattah menghubunginya adalah sekitar tiga bulan lalu atas dasar kerja.
Ujar Iman lagi, aktor itu tidak pernah menceritakan atau berkongsi kepadanya perihal rumah tangga bersama Fazura.
Dia tidak ada hubungi saya tapi kali terakhir kami berhubung melalui telefon tiga bulan lalu kalau tidak silap saya iaitu sekitar Mei. Tapi perbualan itu tidak ada kena mengena dengan Fazura. Cuma dia minta nasihat saya atas urusan kerja.
Malah pelakon filem Mat Kilau itu juga tidak menghubungi atau meminta nasihat rumah tangga kepada Iman meskipun selepas permohonan cerai dilakukan Fazura.
Selepas insiden itu (permohonan perceraian) pun dia tak ada hubungi saya. Kalau dia telefon, mungkin saya boleh bertanya apa yang terjadi dan sebagainya. Tapi kalau dia tak telefon, saya tak ada lah hubungi dia.
Iman berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Govinda Hal Hebat yang berlangsung di ibu kota, pada Khamis.
Sementara itu, Iman selaku individu yang mempunyai hubungan rapat dengan Fazura dan Fattah akui sedih apabila melihat rumah tangga pasangan itu bakal berakhir.
Saya seorang muslim dan saya tak nak tengok masjid yang dibina kawan saya runtuh.
Tidak ada orang harap perceraian ini terjadi. Siapa sangka, Fazura, Fattah dan Fatima adalah satu keluarga yang sempurna tapi harus berakhir.
Tapi itu adalah peribadi dia (Fazura), dia yang lalui dan dia yang buat keputusan.
Terdahulu, pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian yang berlangsung pada Rabu, mahkamah meminta pasangan selebriti itu menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.