Aduhai.. Macam-macam trend sekarang ni bila dah buat business. Iya lah, kami faham.. Kalau nak mulakan perniagaan, idea kena lah gila-gila. Baru orang tertarik dengan apa yang kita jual. Hari tu Spiderman jual nasi lemak trending satu Malaysia, sekarang ni giliran Deadpool pula.
Wahh, nak sailang business Spiderman ke? Huhu.. Gurau je. Okay la tu sama-sama buat business untuk martabatkan lagi ekonomi negara!
Amboii, bukan main ramai peminat
Selain dari selamatkan negara dari anasir jahat, Deadpool juga merupakan superhero yang berhati jitu untuk bangun pagi untuk jual sarapan pagi. Mana nak dapat sekarang superhero macam ni kan?
Dah la sarapan yang dijual tu murah habis. Ni mesti dalam beberapa jam makanan habis orang beli.
Sanggup berpanas demi sesuap nasi
Tu dia.. Kitorang bagi bukti bahawa Deadpool sanggup bersusah payah, berdiri di cuaca yang panas untuk mendapatkan pelanggan. Bukan senang tau. Ni confirm dalam tu dah berkepam sebab peluh banyak sangat. Takpe lah, demi sesuap nasi kan? Mana tau dah dapat duit boleh buat suit baru ke.
Lokasi: UA2/Tanjung Lipat (depan Masjid Bandaran), Kota Kinabalu, Sabah
Sumber: Facebook Rizal Aidala