berita

Selepas Suami, Giliran Aishwarya Rai & Anak Pula Disahkan Positif Covid-19

July 13th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selain Abhishek Bachchan, isteri dan anaknya iaitu Aishwarya Rai Bachchan dan Aaradhya Bachchan disahkan positif COVID-19. Berita tersebut dikongsi oleh Abhishek sendiri menerusi akaun Twitternya.

Isteri dan anak positif Covid-19

Menurut Abhishek, isteri dan anaknya telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan doktor telah mengesahkan mereka berdua turut positif. Tambahnya, kedua-dua mereka akan dikuarantin di rumah. Ujarnya lagi, mereka berada dalam keadaan yang baik.

Mengenai ahli keluarga yang lain, pelakon tersebut memberitahu ibu dan beberapa ahli keluarganya didapati negatif wabak tersebut. Ucapan terima kasih buat kesemua peminat yang mendoakan kesihatan mereka turut diucapkan di akhir tweet tersebut.

Kontak rapat perlu lakukan pemeriksaan

Terdahulu, bapa kepada pelakon tersebut iaitu Amitabh Bachchan turut disahkan positif wabak berkenaan. Namun, kedua-dua mereka menunjukkan gejala ringan sahaja. Mereka dipercayai menerima rawatan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai.

Pelakon veteran itu juga meminta semua individu yang mempunyai kontak rapat dengannya dalam masa 10 hari yang lepas, segera berjumpa dengan doktor dan melakukan pemeriksaan. Berdasarkan laporan Worldometers.info, India mencatatkan 872,784 kes setakat ini dan angka kematian pula mencecah 23 ribu.

Sumber: Abhishek Bachchan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×