berita

Selepas Switzerland, Ebit Lew Bawa ‘Bidadari’ & Anak-Anak Bercuti Di Paris – ‘Kenangan Bersama Mereka Akan Jadi Amal & Pahala Di Akhirat Nanti’

October 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pendakwah terkenal, Ebit Lew membawa isteri dan anak-anak bercuti di Switzerland. Menerusi entri yang dimuat naik di Facebook, Ebit selamat tiba di lokasi percutian selepas mendapat kebenaran kerajaan untuk merentas negara dan memenuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa dalam mengawal penularan COVID-19.

Terbaru, Ebit Lew dilihat membawa isteri dan anak-anaknya ke Paris bagi meneruskan percutian mereka di luar negara.

Sambung cuti

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Alhamdulillah syukur pada Allah. Sambung cuti ke Disneyland Paris.

Di Instagram, Ustaz Ebit dan keluarga telah selamat sampai di Paris. Menurut Ustaz Ebit, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk meneruskan percutian alang-alang sudah berada di luar negara. Menerusi video yang dimuat naik, Ustaz Ebit membawa isteri dan anak-anaknya ke Disneyland.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! anak-anak Ustaz Ebit kelihatan sangat gembira semasa percutian tersebut. Bahkan, keluarga ini turut merakam banyak foto dan video semasa berada di sana.

Dunia sementara akhirat selamanya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Dunia sementara akhirat selamanya. Satu hari kita dah tiada. Doa anak-anak ialah anugerah Allah yang terbesar. Berillah masa untuk anak-anak. Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Masa ini akan berlalu. Tetapi kenangan bersama mereka akan menjadi amal dan pahala di akhirat nanti. Menggembirakan keluarga sunnah Baginda Nabi Muhammad Solallahu alaihi wasallam. Gembirakanlah mereka dengan berbual dan makan bersama. Mendengar cerita-cerita mereka.

Terdahulu, Ustaz Ebit turut berpesan kepada semua agar mengutamakan keluarga. Ini kerana, setiap kenangan yang tercipta bakal menjadi amal dan pahala di akhirat kelak. Disebabkan itu juga, Ustaz Ebit mengambil kesempatan yang ada untuk berbual, bercuti dan makan bersama isteri dan anak-anaknya.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×