berita

Selepas Tinggalkan Istana, Putera Harry & Meghan Markle Akan Lepaskan Gelaran Diraja

January 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Isu berkaitan Putera Harry dan Meghan Markle yang dikatakan telah membuat pengumuman di laman Instagram yang mengatakan mereka akan meninggalkan kerabat diraja England telah mendapat perhatian dunia. Berikutan daripada itu, Istana Buckingham telah membuat satu pengumuman rasmi mengenai pengunduran Putera Harry sebagai anggota senior keluarga diraja dan penarikan semula gelaran diraja yang diberikannya Puteri Harry dan isteri.

Lepaskan gelaran diraja


Menerusi laporan CNN, Putera Harry dan isterinya, Meghan tidak akan bekerja lagi sebagai ahli keluarga diraja dan bersetuju akan membayar dana Grant Sovereign yang dibelanjakan untuk mengubah suai kediaman rasmi mereka di Forgmore Cottage seperti yang tertulis dalam satu kenyataan. Pasangan ini juga dikatakan bersetuju untuk melepaskan gelaran diraja yang diterima mereka dan akan melepaskan juga penerimaan dana awam.

Seperti mana dipersetujui, mereka tidak akan terbabit dengan tugas diraja, menerima pangkat ketenteraan rasmi selain tidak lagi menerima dana awam bagi tugas diraja.

Mereka juga perlu membayar balik £2.4 juta (RM12.5 juta) wang pembayar cukai, yang digunakan bagi mengubah suai kediaman mereka, Frogmore Cottage, berhampiran Istana Windsor.

Mereka akan sentiasa disayangi

Menurut sumber, perbincangan dan rundingan ini telah dijalankan sejak beberapa bulan yang lalu untuk mencari jalan penyelesaian dan mencapai satu persefahaman bagi menyokong keputusan Putera Harry dan keluarga diraja.

Sungguhpun begitu, Ratu Elizabeth dalam kenyataannya itu turut bertitah bahawa dia menyokong keputusan yang dibuat oleh cucunya Putera Harry  dan isteri yang inginkan kehidupan yang lebih bebas.

Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh ahli keluarga saya.

Sumber: CNN, The New York Times

SKIP THIS AD ×