Juling merupakan satu keadaan dimana kedua-dua mata tidak berada dalam posisi yang selari atau sejajar apabila memandang ke arah sesuatu objek. Kedua-dua belah mata akan memandang ke arah yang berlainan contohnya sebelah mata akan memandang ke hadapan manakala sebelah lagi mata akan pandang ke arah dalam, luar atas atau bawah. Kebiasaannya, mata juling ini boleh dikaitkan dengan faktor keturunan, tumor ataupun masalah gangguan saraf.
Terbaru, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitter berkongsi serba sedikit mengenai masalah juling yang pernah dialami oleh baginda dan anaknya pada suatu ketika dahulu.
Umur 3 tahun hingga 13 tahun pakai ‘teropong’
Menceritakan kisah itu, baginda pernah memakai cermin mata sejak usianya tiga tahun sehingga lah baginda berumur 12 tahun semata-mata untuk membetulkan masalah mata (juling) yang dialaminya pada ketika itu.
Bahkan, masalah itu turut terjadi kepada anak perempuan baginda, Puteri Afzan. Kemudian baginda segera membawa puterinya itu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan supaya matanya apat dirawat.
Netizen kongsi pengalaman
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka mengenai masalah mata (juling) malah mereka juga bertukar pendapat bersama baginda Permaisuri Agong.
Sumber: Tunku Azizah