berita

Tahap Kesihatan Queen Elizabeth II Dikatakan Merosot, Keluarga Diraja Bergegas Ke Istana Balmoral

September 9th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Keluarga Ratu Elizabeth II dari Britain dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Istana Balmoral di Scotland selepas doktor Diraja mengumumkan bahawa kesihatan Ratu Elizabeth merosot.

Perlu berada dibawah pengawasan doktor

Menerusi laporan Istana Buckingham, ratu dinasihatkan untuk berada dibawah pengawasan doktor kerana tahap kesihatannya merosot secara tiba-tiba. Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas Istana Buckingham mengumumkan Ratu, 96, telah menangguhkan mesyuarat secara virtual Majlis Privynya pada hari Rabu yang lalu.

Ratu dijadual menghadiri perhimpunan tersebut secara rasmi dan melantik Liz Truss sebagai Perdana Menteri UK yang baharu. Truss merupakan perdana menteri ke-15 yang dilantik oleh Ratu semasa pemerintahannya selama 70 tahun. Empat anak Ratu dilaporkan sudah berada di Balmoral. Menurut kenyataan Clarence House, Putera Charles anak sulung ratu yang merupakan pewaris takhta United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara, dan isterinya Camilla, Duchess of Cornwall, sudah tiba di Balmoral pada hari Khamis.

Anak perempuan Ratu, Puteri Anne, yang dikenali sebagai Puteri Diraja, sudah berada di istana Scotland. Bukan itu sahaja, Putera Edward, anak bongsu Ratu, dan isterinya Sophie, Countess of Wessex, sedang dalam perjalanan ke Balmoral. Sumber yang rapat dengan Putera Andrew berkata, Duke of York juga sedang menuju ke sana.

Istana Kensington berkata Putera William, Duke of Cambridge, yang berada di barisan kedua untuk takhta, sedang dalam perjalanan, manakala isterinya Catherine, Duchess of Cambridge, kekal di Windsor. Ini kerana, tiga anak mereka baru memulakan sesi persekolahan hari pertama di sekolah yang baru. Putera Harry dan isterinya Meghan, Duchess of Sussex juga dilaporkan dalam perjalanan ke Balmoral. Terdahulu, Ratu disahkan menghidap masalah ‘episodic mobility’.

Sumber: CNN

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×