Memilih kerjaya yang tepat dan bersesuaian dengan kemahiran yang kita miliki adalah impian semua orang. Akan tetapi sering kali kita terlalu fokus pada kerjaya yang sering menjadi buah mulut orang ramai seperti doktor, peguam, guru, jururawat, askar dan polis sedangkan, ada banyak kerjaya diluar sana yang menawarkan masa depan yang cerah dengan pulangan yang setimpal.
Kali ini kami kongsikan 5 kerjaya yang berbaloi untuk korang ceburi kerana industrinya semakin popular dan berkembang!
Tak rugi kalau pilih 5 profession ni!
1. Digital Content Creator
Ramai yang tak tahu kerjaya ni wujud dan semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi baru. Digital content creator ni adalah individu yang menghasilkan content dalam pelbagai bentuk misalnya, penulisan online, video, podcast dan banyak lagi.
Kandungan yang mereka hasilkan ini kemudian mereka muatnaik di platform media digital seperti di Facebook, Tik Tok, Youtube, Instagram, Telegram dan pelbagai lagi. Ha! Dari sini la diorang ni jana pendapatan dengan mewujudkan engagement antara content diorang dengan korang. Bidang pekerjaan dalam industri media digital ini dilihat akan terus berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi.
2. Eksekutif Halal
Kerjaya yang satu ni memang jarang dibicarakan. Namun, pekerjaan ini sangat penting terutamanya untuk industri pemakanan dalam negara kerana ianya merupakan salah satu jawatan yang akan membantu pemilik kilang makanan untuk dapatkan akuan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Eksekutif halal ini memainkan peranan untuk create satu sistem dokumentasi bagi mengenal pasti sumber bahan mentah, proses penghasilan makanan dan memohon pengiktirafan Halal untuk produk makanan tersebut. Ianya merupakan jawatan yang besar sesuai dengan imbalan gajinya. Bahkan, dikatakan kalau korang miliki sijil dan jalani kursus Professional Certification In Halal Executive, korang akan menjadi buruan para pengilang makanan.
3. Jurukimpal
Jurukimpal merupakan kerjaya underrated. Ramai tak tahu bahawa industri kimpalan sebenarnya sangat besar. Kerjaya ini menawarkan bidang pekerjaan melibatkan pelbagai industri seperti pembinaan, kejuruteraan, penyelengaaraan & pembaikan, kejuruteraan perkapalan, kejuruteraan minyak & gas dan banyak lagi.
Walaupun tak glamour di mata masyarakat tapi hasilnya lumayan tau cuma, kerjaya ini merupakan kerjaya berisiko tinggi sebab korang perlu berhadapan dengan nyalaan api, sinaran laser, tembakan elektron, tenaga elektrik bervoltan tinggi dan beberapa risiko lain.
4. Jurutera robotik
Jurutera Robotik merupakan bidang pekerjaan masa hadapan yang bakal menjadi buruan banyak majikan. Korang jangan tak tahu nama je jurutera robotik tetapi bidang ini sebenarnya melibatkan beberapa kemahiran lain seperti kejuruteraan mekanikal, programming, elektrik dan elektronik dan beberapa disiplin lain.
Kerjaya dalam bidang ini sangat meluas terutamanya dalam industri penghasilan mesin yang sentiasa ditambah baik saban tahun dengan teknologi terkini. Mereka inilah orang yang bertanggungjawab menghasilkan pembangunan sesuatu mesin atau robot baru seiring peredaran masa.
5. Perunding fesyen/perunding imej
Siapa sangka perunding imej merupakan salah satu kerjaya yang menawarkan peluang pekerjaan dan gaji yang menarik dalam Industri fesyen. Seiring peredaran masa, gaya berpakaian juga berubah.
Setiap acara atau majlis kini selalu sahaja ada tema yang diketengahkan dan disinilah perunding imej akan memainkan peranan dengan membantu korang buat pilihan pakaian, aksesori, gaya rambut dan sebagainya supaya korang kelihatan presentable.
Best bekerja dalam bidang ini sebab korang berpeluang untuk bekerja dengan pereka fesyen terkenal, artis dan orang kenamaan ini termasuklah kerabat diraja. Maka, tak hairanlah jika kerjaya sebagai perunding imej ini turut mendapat permintaan tinggi.
Itu belum lagi kita bercerita mengenai perubahan teknologi rekaan pakaian yang turut menawarkan bidang kerjaya menarik seperti penyelidik, pengawal kualiti fesyen professional, konsultan pereka bebas, penyelaras warna, pengeluar industri kilang, pensyarah, pengilustrasi fesyen dan banyak lagi la.
Taylor’s cetus gerakan masa hadapan!
Di Taylor’s University, mereka berpandangan jauh dan memahami apa yang diperlukan oleh generasi baharu untuk kekal bersaing dalam sektor dan industri masa hadapan. Maka, tidak hairanlah mereka kini memperkenalkan bidang pengajian baru iaitu Fashion Design Technology dan Robotic Design & Development bagi memenuhi keperluan dan permintaan generasi kini.
Tawar pendedahan sebenar!
Tidak hanya mengikuti kursus pengajian, Taylor’s turut menawarkan pendedahan dan pengalaman sebenar bekerja sebagai seorang pereka fesyen dan jurutera robotik dimana, pelajar diberikan peluang menyertai acara terkemuka fesyen negara iaitu KL Fashion Week (KLFW) dan juga bekerja di syarikat teknologi terkenal yang telah bekerja sama dengan Taylor’s.
Kita telah melihat perubahan yang besar dalam sistem pekerjaan dunia. Banyak pekerjaan kini telah digantikan dengan penggunaan mesin. Trend berpakaian juga berubah dengan begitu pantas. Jadi, penting untuk generasi-generasi baru sentiasa keep up dengan perkembangan ini bagi memenuhi keperluan dan transformasi bidang pekerjaan di masa akan datang.
Nak tahu lebih lanjut mengenai kursus Fashion Design Technology dan Robotic Design & Development yang Taylor’s University tawarkan? Korang boleh klik SINI