berita

Semakin Pulih & Dibenarkan Pulang Ke Rumah, Tun M Titip Ucapan Buat Mereka Yang Mendoakan

February 4th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu, keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin pulih, namun perlu kembali ke Institut Jantung Negara (IJN) semula untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

Tidak boleh terima pelawat

Foto: Instagram Tun M

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Ahli Parlimen Langkawi itu akan terus menjalani rawatan pemulihan dan dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan daripada pelawat.

Tun Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini Tun masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan daripada pelawat.

Tun M menerusi akaun Instagram miliknya turut mengambil kesempatan untuk menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan kesihatannya, serta mereka yang menghantar kiriman bunga, serta kad ucapan kepadanya.

Terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.

Pada hantaran yang sama, beliau turut berkongsikan foto ceria bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Terdahulu, Tun M dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN pada 22 Januari lalu dan dimaklumkan berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya pada 23 Januari.

Sumber: Tun Dr. Mahathir

SKIP THIS AD ×