Kumpulan Anak Sepahkan Apa Hari Ini? di Facebook sering mencuit hati warganet dengan pelbagai telatah kanak-kanak kecil yang nakal. Namun, lain pula kisah yang dikongsikan seorang ibu Nurul Khalib, akan ‘keprihatinan’ anak lelakinya yang membuatkan ramai berasa terharu.
Tengok dompet ibu boleh?
Foto: Nurul Khalib
Semalam memang ada ngam-ngam sekeping Rm50. Tengok petang ni dah jadi Rm55. Dah beranak Rm5 kat situ. Dah tahu kerja siapa. Bila tanya si Ici ni, tersengeh-sengeh macam kerang busuk dia. Dia kata, dia kesian dekat ibu sebab sebab tengok dalam dompet ibu ada 1 je duit. So dia tambah la lagi 5. Biar banyak sikit katanya.
Pada mulanya, anaknya yang manja dengan panggilan Ici meminta untuk melihat dompetnya. Tanpa sebarang bantahan, si ibu terus menunjukkan dompet tersebut. Jelasnya, dia sudah ‘agak’ anak bongsunya itu akan meletakkan duit pada dompetnya.
Jelasnya lagi, semalam duit dalam dompet tersebut mempunyai RM50, tetapi secara tiba-tiba wang tersebut bertambah menjadi RM55. Bila ditanya, ‘suspek’ hanya melemparkan senyuman manis tanda bersalah. Jelas anaknya, duit tersebut diberikan kerana melihat dompet ibunya yang hanya mempunyai sekeping duit sahaja. Duit tersebut ditambah supaya ibunya mempunyai duit lebih.
Terus peluk kuat-kuat
Foto: Nurul Khalib
Ibu cakap terima kasih dan peluk dia ketat-ketat sebab bagi duit dekat ibu. Tapi time dia tak tengok, ibu masukkan balik duit tu + ekstra duit dalam dompet dia. Moga-moga perangai prihatin awak ni kekal la sampai awak besar nanti ye dak Ici..Harini dak Ici demam. Mohon uncle aunty doakan dak Ici cpt smbuh ye..
Dia juga mengucapkan terima kasih dan terus memeluk anaknya atas tindakan anaknya yang amat ‘prihatin’. Namun, duit yang diberikan telah diletakkan semula di dompet anaknya bersama duit tambahan.
Di hujung posting tersebut, si ibu sempat menceritakan anaknya sedang demam dan meminta orang ramai mendoakan supaya anaknya cepat sembuh seperti sedia kala.
Anak soleh ibu
Posting tersebut telah menarik minat ahli kumpulan tersebut, rata-rata warganet mendoakan supaya Ici menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Sumber: Nurul Khalib via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?