berita

‘Semasa Ambil Persetujuan Untuk Tambah Darah Tiba-Tiba Pesakit Bertanya..’

April 4th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ibu yang sedang mengandung tidak digalakkan membuat kerja berat untuk menjaga kesihatan diri dan anak. Seeloknya, ibu-ibu mengambil makanan berkhasiat supaya bayi membesar dengan baik. Namun, ada sesetengah orang terpaksa bekerja demi untuk meneruskan hidup.

Seperti perkongsian doktor ini, seorang wanita dibawa ke hospital selepas turun darah. Bila diperiksa, didapati uri berada di bahagian bawah rahimnya. Paling menyedihkan apabila, dia memberitahu tidak mampu membayar kos tambah darah sekiranya perlu dibayar.

Tumpah darah, uri bawah rahim

Sekadar gambar hiasan

Seorang ibu mengandung datang ke hospital sebab turun darah. Setelah diperiksa rupanya uri berada di bahagian bawah rahimnya. Bila ditanya rupanya pagi tadi baru siap menoreh, pungut getah dan angkat guni getah yang berat tu.

Setelah lebih kurang 2 jam dalam pemerhatian di dalam wad, tumpah darahnya makin banyak. Pesakit juga jadi tak berapa ‘comey’.

Doktor plan untuk tambah darah. Semasa ambil persetujuan untuk tambah darah tiba-tiba pesakit bertanya, “berapa kos saya kena bayar kalau tambah darah ni doktor?” “Saya takde duit, nak makan untuk sekali sehari pun susah tambah-tambah musim covid ni”.

Doktor yang tadi sedang rancak menerangkan tentang keperluan dan risiko pemindahan darah tiba-tiba kelu.

Doktor yang tadi mengalami ‘adrenaline rush” sebab patient bleeding tiba-tiba jadi ‘asystole’ (eh over, sebenarnya nk cakap speechless je).

Hilang penat doktor, rasa sedih & bersalah

Doktor yang tadinya berasa penat sebab oncall yang hampir 24 jam dah dia stay kat hospital, tiba-tiba hilang segala penat tetapi diselubungi perasaan sedih dan rasa bersalah sebab masih ramai lagi orang susah diluar sana.

Doktor yang awal-awalnya pernah merungut sebab masih kena kerja padahal orang lain boleh rehat-rehat dekat rumah #stayathome kini sedar dan rasa lebih bersyukur sebab walaupun penat kena datang kerja hari-hari tapi alhamdulillah masih ada gaji dan cukup makan.

Sedangkan ada masyarakat di kampung kampung sana (malah di bandar juga) yang pendapatan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tambahan pula dengan perintah kawalan pergerakan sempena covid19 ni, ada segelintir ibu bapa yang tak dapat keluar mencari nafkah untuk menampung keperluan keluarga masing-masing.

Setiap orang lain ujiannya. Tapi apa-apa pun, ujian tu tanda Allah sayang dan insyaallah untuk meningkatkan darjat kita.

Semoga ada hikmah besar yang Allah nak bagi kat kita semua dengan ujian covid19 ni.

Semoga Allah permudahkan urusan setiap daripada kita.

#stayathome #staysafe #syukurselalu #covid19goaway

Sumber : Samihan Yaacob

The following two tabs change content below.