berita

Semata Nak ‘Dating’ Dengan BF, Gadis Sanggup Putuskan Bekalan Elektrik Satu Kampung

July 28th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Hanya kerana mahu jumpa dengan teman lelakinya secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga dan orang kampung, seorang gadis sanggup memutuskan bekalan elektrik kawasan kampungnya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Putus Sebab Tak Nampak Awak Dalam Mimpi’

Kampung jadi porak peranda

Gadis Putuskan Bekalan Elektrik Kampung Semata Nak Jumpa BF

Foto: India Today

Memetik laporan India Today, meskipun berjaya membantunya untuk bertemu dengan teman lelaki dari kampung sebelah namun, tindakan gadis yang dikenali sebagai Preeti Kumari itu telah mendatangkan satu masalah besar buat kampungnya.

Ia susulan meningkatnya aktiviti jenayah dan kecurian yang berlaku sehingga memporak-perandakan kampungnya selama hampir seminggu.

Selepas lebih seminggu bergelap, orang kampung kemudiannya melaporkan masalah elektrik ini kepada syarikat berkenaan namun, siasatan dibuat pihak berkenaan mendapati tiada sebarang isu pada infrastruktur elektrik kampung berkenaan.

Sehinggalah satu hari, persoalan mereka akhirnya terjawab apabila Preeti ditangkap bersama teman lelakinya, Rajkumar oleh penduduk kampung yang melakukan rondaan di sekitar kawasan kampung.

Berang dengan kebenaran yang terungkap, penduduk kampung dikatakan memukul Rajkumar dengan menggunakan kayu namun sempat melarikan diri.

Penduduk kampung kemudiannya bersetuju untuk menyatukan Preeti dan Rajkumar bagi mengelakkan isu bekalan elektrik terputus dari terus berlaku.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×