berita

Bapa Ikat Mayat Anak Di Basikal, Heret Atas Jalan & Buang Di Landasan Kereta Api

August 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bapa Bunuh Anak

Gambar sekadar hiasan

Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa membunuh anak perempuannya gara-gara tidak membenarkan gadis itu keluar dari rumah.

Artikel Berkaitan: Budak 2 Tahun Mati Kebuluran, Dikurung Bapa Kaki Botol

Artikel Berkaitan: Ibu Dera & Kurung Anak Dalam Sangkar Anjing, Disyaki Cuba Membunuh

Tidak dibenarkan keluar rumah

Bapa Bunuh Anak

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan India Today, kejadian yang berlaku di Amritsar, India itu menyaksikan seorang lelaki yang dikenali sebagai Bau tergamak membunuh anak perempuannya.

Menurut polis, ketika kejadian mangsa berusia 20 tahun itu telah meninggalkan rumah pada Rabu tanpa memaklumkan kepada keluarganya dan pulang ke rumah pada keesokan harinya.

Berang dengan tindakan anaknya, Bau kemudian memukul mangsa menggunakan senjata tajam.

Setelah itu, suspek mengikat mayat anaknya di basikal lalu mengheretnya di atas jalan sebelum membuangnya di landasan kereta api.

Siasatan awal mendapati suspek membunuh anak pempuannya kerana meragui sikap gadis itu.

Kami juga menerima maklumat bahawa suspek turut mengurung ahli keluarganya di rumah dan mengancam untuk membunuh mereka juga. Kerana takut, mereka tidak keluar dari rumah.

Susulan itu, polis memfailkan kes terhadap lelaki berkenaan atas tuduhan membunuh.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×