Mahkamah Mesir merayu kepada parlimen supaya hukuman gantung yang dikenakan kepada pembunuh berusia 21 tahun, Mohamed Abel disiarkan secara langsung di televisyen.
Artikel Berkaitan: Viral Video Lelaki Sembelih Kawan Universiti Sebab Lamaran Kahwin Ditolak
Hukuman mati disiarkan secara live di TV
Memetik laporan Mirror UK, Mohamed Abel disabitkan bersalah atas pertuduhan membunuh seorang wanita yang merupakan pelajar Universiti Mansoura, Mesir. Difahamkan, suspek bertindak menyembelih Naira Ashraf pada 20 Jun lalu kerana berang cintanya ditolak oleh mangsa. Menurut laporan, suspek dan mangsa merupakan rakan sekelas.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Suspek kemudian dijatuhi hukuman mati dan peguam yang mewakili Mohamed Abel iaitu Farid El-Deeb memaklumkan mereka masih mempunyai masa selama 60 hari untuk mencabar pelaksanaan hukuman tersebut.
Terbaru, mahkamah membuat rayuan kepada ahli parlimen Mesir untuk menyiarkan pelaksanaan hukuman mati Mohamed Adel secara siaran langsung di TV walaupun hanya menyiarkan sebahagian daripada permulaan prosiding. Ianya bertujuan untuk menghalang orang ramai daripada melakukan jenayah yang sama.
Sumber: Mirror UK